ARTIKEL

TAHAN… Suspek ditahan untuk tindakan lanjut. Foto: IPD Meradong.

Warga emas kantoi tipu modus operandi ‘spoofing’

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTANGOR: Seorang lelaki warga emas berusia lingkungan 60-an ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam kes penipuan menggunakan modus operandi ‘spoofing’ di sini, malam semalam.

Ketua Polis Daerah Meradong, Deputi Superintenden Tansli Mering berkata, suspek ditahan sekitar jam 9.19 malam oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Meradong.

Menurutnya, siasatan awal mendapati suspek memperdaya mangsa dengan menyamar sebagai wakil Touch ‘n Go sebelum menyambungkan panggilan kepada individu yang mendakwa dirinya sebagai pegawai polis.

“Mangsa dimaklumkan kononnya terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram sehingga menimbulkan ketakutan. Akibat panik, mangsa akur dengan arahan suspek,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambah beliau, mangsa kemudian menjual barang kemas miliknya dan melakukan dua transaksi wang di Bank Simpanan Nasional (BSN) Bintangor ke akaun yang diberikan oleh suspek, melibatkan jumlah kerugian sebanyak RM8,700.

“Hasil semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau,” jelasnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum satu tahun dan maksimum 10 tahun serta sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.

Tansli menegaskan, Polis IPD Meradong memandang serius kes penipuan seumpama ini dan menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan panggilan mencurigakan.

Sebarang keraguan boleh dirujuk kepada pihak polis atau talian hotline National Scam Response Centre (NSRC) di 997, atau menghubungi Balai Polis Bintangor di talian 084-693222.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

A310 VISION tampil futuristik

ALPINE memperkenalkan A310 Vision, sebuah kereta konsep eksklusif sempena ulang tahun ke-55 pengenalan model kereta sukan A310 pada 1971. Kereta konsep yang dihasilkan dalam satu