ARTIKEL

MAUT…Lelaki warga emas maut dalam kemalangan di Jalan Pelabuhan Pending semalam

Warga Emas Maut Dalam Kemalangan di Jalan Pelabuhan Pending

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki warga asing berusia 78 tahun maut selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jalan Pelabuhan Pending, di sini, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching, Alexson Naga Chabu berkata, dalam kejadian kira-kira 9.30 pagi itu, mangsa yang menunggang basikal dipercayai berada di lorong kiri sebelum secara tiba-tiba beralih ke lorong tengah – laluan yang digunakan oleh sebuah lori jenis Isuzu.

“Menurut siasatan awal oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching, lori yang dipandu lelaki tempatan itu bergerak lurus dari arah Jalan Senari menuju ke Jalan Pelabuhan Pending ketika insiden berlaku.

“Perubahan haluan secara mengejut oleh mangsa yang merupakan warga emas itu dipercayai menjadi punca utama pelanggaran apabila bahagian sisi kiri lori berkenaan melanggar basikal tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Akibat perlanggaran itu, Alexson berkata, mangsa mengalami kecederaan parah sebelum dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak untuk rawatan lanjut.

Bagaimanapun katanya, mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira jam 12 tengah hari ketika menerima rawatan di hospital berkenaan.

“Pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati lori terbabit tidak mengalami sebarang kerosakan ketara, manakala basikal mangsa rosak di bahagian hadapan kanan akibat impak pelanggaran.

“Kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti semua faktor yang menyumbang kepada kejadian tersebut,” katanya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha