ARTIKEL

Warga emas rugi RM3.46 juta, terpedaya pelaburan forex

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEREMBAN: Wanita warga emas kerugian RM3.46 juta selepas terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud yang menawarkan keuntungan tinggi menerusi pertukaran mata wang asing atau Forex.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Abdul Malik Hasim berkata, mangsa berusia 60-an itu mendakwa menerima pesanan ringkas daripada nombor tidak dikenali yang menawarkan skim pelaburan Forex pada 22 Januari lepas.

“Percaya dengan perkara itu, mangsa kemudian membuat 60 transaksi keseluruhan berjumlah RM3.46 juta ke pelbagai akaun yang diberikan oleh suspek.

“Pengadu menyedari ditipu setelah menyemak laman web pelaburan tersebut dan mendapati ia tidak wujud.

“Mangsa membuat laporan polis semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menasihati orang awam supaya membuat semakan dengan pihak berkuasa dan Bank Negara Malaysia sebelum menyertai apa-apa skim pelaburan atau skim cepat kaya bagi mengelak diri daripada menjadi mangsa. – Bernama

BERITA LAIN

BERITA TERBARU