ARTIKEL

Warga emas yang dikhuatiri hilang di Skrang masih gagal ditemui

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SKRANG: Warga emas berusia 70 tahun yang dikhuatiri hilang di ladang sawit Memaloi masih gagal ditemukan sungguhpun sudah dua hari berlalu dan lebih 1,500 meter kawasan diredah oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR).

Ketua Bomba dan Penyelamat Betong Vincent Baling Yabi memberitahu, mangsa dikenali sebagai Linjong Edward dari rumah panjang Karin, Tabut.

“Operasi hari pertama yang melibatkan pasukan Bomba dan Penyelamat Betong, Polis Diraja Malaysia, Angakatan Pertahanan Awam Malaysia dan 40 penduduk masih menemukan jalan buntu.

 

“Kita melakukan pencarian dalam radius 1.5 kilometer menggunakan kaedah garisan asas petak di sempadan ladang sawit selain mengikut aliran anak sungai yang dibantu Unit K9 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM),” katanya ketika ditanya perkembangan lanjut operasi SAR di sini, semalam.

LINJONG EDWARD

Jelasnya, operasi ditangguh 5:30 petang ekoran hari semakin gelap dan hujan.

Terdahulu Vincent memaklumkan, pihak bomba diberitahu tentang kes kehilangan tersebut pada 8:24 malam Rabu.

Pada Rabu kira-kira 9:00 pagi, Linjong difahamkan pergi ke kebun sawit seorang diri di Memaloi Batu Lapan menggunakan perahu.

Namun, sehingga lewat petang warga emas terbabit masih tidak pulang ke rumah dan penduduk yang pergi ke ladang sawit turut melihat perahu Linjong masih terikat di seberang.

Seperti dimaklumkan oleh keluarga, mangsa merupakan penghidap gastrik dan mengalami masalah pendengaran.

HARI PERTAMA… Sekitar operasi SAR warga emas di ladang sawit Memaloi, hari ini.

 

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha