ARTIKEL

Warga kampus saling memahami

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BETONG: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) menyifatkan penganjuran aktiviti luar kelas termasuk melaksanakan konsert muzikal atau kebudayaan secara kecilkecilan dengan kawalan ketat berupaya meningkatkan kematangan pelajar.

Naib Canselornya Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi berkata, tiada penganjuran konsert secara besar-besaran setakat ini di UNIMAS.

Bagaimanapun menurutnya, UNIMAS sentiasa memberikan perhatian dan pemantauan kepada setiap cadangan atau usul oleh pelajar atau persatuan di peringkat universiti yang ingin melaksanakan program sama ada secara konsert musikal atau kebudayaan.

“Kita berasakan tiada masalah jika dianjurkan program seumpamanya secara kecil-kecilan dengan pemantauan serta kawalan ketat.

“Ini kerana kita berpandangan pembangunan pelajar bukan sahaja menerusi pengajaran dan pembelajaran program akademik, malah mereka perlu diberikan peluang untuk mencari pengalaman dalam mengurus, merancang serta melaksanakan sebarang penganjuran yang melibatkan aktiviti di luar kelas.

“Pengalaman ini mungkin dapat mempertingkatkan lagi kematangan pelajar sebelum bergraduat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta memberi respons berhubung tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengenai kelonggaran universiti dan institut pengajian tinggi (IPT) bagi mengadakan konsert kecil dan terkawal di kampus, semalam.

Beliau optimis program berbentuk kebudayaan perlu dipertingkatkan lagi dalam universiti.

“Ini bagi menghasilkan warga kampus yang saling memahami serta menghormati, selain dapat menghargai budaya yang pelbagai dan berbeza di Malaysia.

“Kebersamaan dan keterangkuman mampu diukur serta dijayakan dengan program sebegini dan ia mesti bersandarkan kepada perancangan, pemantauan dan kawalan yang baik,” ujarnya.

BERITA LAIN

15 penerima peruntukan khas Perdana Menteri di Mukah

MUKAH: Majlis Sambutan Warga Emas Mukah bukan sahaja menjadi wadah menghargai golongan berusia, malah turut menyaksikan penyerahan pelbagai peruntukan dan sumbangan bagi menyokong keperluan masyarakat

BERITA TERBARU