ARTIKEL

Gambar hiasan

Warga Malaysia Dihukum Penjara 21 Tahun Atas Penyelewengan Bahan Api S$100 Juta Di Singapura

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SINGAPURA: Seorang warga Malaysia yang merupakan bekas pekerja syarikat minyak dan gas dijatuhi hukuman penjara 21 tahun di Singapura selepas mengaku bersalah dalam satu skim melibatkan penyelewengan bahan api dari fasiliti Pulau Bukom.

Richard Goh Chee Keong, 56, mengaku bersalah terhadap 24 pertuduhan berkaitan konspirasi menyalurkan minyak marin bernilai S$100 juta (S$1=RM3.12) antara Ogos 2014 dan Januari 2018, lapor Straits Times.

Beliau turut berdepan 26 pertuduhan tambahan, menjadikan jumlah keseluruhan 50 pertuduhan, termasuk 39 bagi pecah amanah jenayah, enam bagi pengubahan wang haram, empat bagi rasuah dan satu bagi penggunaan dadah.

Menurut laporan itu, Goh mengaku menerima sekurang-kurangnya S$1.5 juta daripada hasil jenayah, yang dibelanjakan untuk hartanah, sekurang-kurangnya dua kereta, pelaburan dan menyimpan sebahagian wang tersebut.

Beliau bersetuju untuk pelucuthakan aset yang dirampas daripadanya bernilai S$1.07 juta, sebagai pampasan kepada syarikat minyak dan gas berkenaan.

“Hakim Mahkamah Tinggi Dedar Singh Gill membenarkan permohonan Goh untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman dan memerintahkan beliau menyerah diri di Mahkamah Negeri pada 20 April,” menurut laporan itu. — BERNAMA

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

Urus tanah gambut secara menyeluruh

KUCHING: Sarawak perlu memperkukuh pengurusan tanah gambut secara menyeluruh bagi mencegah kebakaran dan mengurangkan risiko jerebu, terutama menerusi strategi berasaskan sains dan perancangan jangka panjang.