ARTIKEL

Dayang Norjihan menerima cenderamata dalam Majlis Konvokesyen Kedua SARORSO, hari ini.

Warisan orkid Sarawak terus mekar dalam jiwa rakyat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Usaha memelihara khazanah orkid Sarawak terus disemarakkan dengan mengambil inspirasi serta semangat Allahyarhamah Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang, tokoh pelopor gerakan pemuliharaan flora negeri ini.

Penaung Persatuan Orkid Sarawak (SARORSO), Dayang Norjihan Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari berkata, legasi Allahyarhamah ibunya bukan hanya pada program yang diasaskan, tetapi juga terserlah dalam nilai ketabahan, kerendahan hati dan rasa tanggungjawab terhadap warisan semula jadi Sarawak.

“Walaupun tidak bersama kita secara fizikal, semangat dan visi Allahyarhamah terus hidup dalam setiap kuntum orkid serta dalam jiwa generasi muda yang meneruskan perjuangan ini.

“Sebagai anak dan juga penaung SARORSO, saya akan meneruskan legasi ini dengan rendah hati dan semangat baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Konvokesyen Kedua SARORSO di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), di sini, hari ini.

Menyentuh mengenai majlis itu, katanya, ia bukan sekadar meraikan kejayaan graduan, malah mencerminkan semangat kerjasama dan kesungguhan komuniti dalam memastikan kelestarian warisan alam negeri.

Jelasnya, konvokesyen ini turut memperkukuh sinergi antara dunia pendidikan, penyelidikan dan komuniti.

“Ini terutamanya dalam melahirkan tenaga mahir tempatan yang mampu meneruskan agenda pemuliharaan orkid secara mampan.

“Sumbangan Allahyarhamah akan terus kekal menjadi ilham utama SARORSO untuk meneruskan penyelidikan, pembangunan dan program komuniti yang mendidik rakyat menghargai khazanah alam,” tambahnya.

Dalam pada itu, seramai 25 graduan menerima sijil masing-masing melibatkan Diploma in Community-based Orchid Conservation, Sustainable Cultivation & Tea Processing, Diploma in In Vitro Orchid Micropropagation & Botanical Garden Practice serta Certificate in In Vitro Orchid Micropropagation.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU