ARTIKEL

Awg Amirul Hafizan ketika ditemui selepas Program Ratu Kebaya Cilik Sarawak Vol. 2 Edisi 2026 di Plaza Merdeka, Kuching, hari ini. Foto: MOHD ALIF NONI

Warisan Peranakan Baba dan Nyonya terus dipelihara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Warisan budaya Peranakan Baba dan Nyonya terus diperkasakan menerusi penganjuran Ratu Kebaya Cilik Sarawak Vol. 2 Edisi 2026 yang menjadi platform mengetengahkan bakat pereka fesyen tempatan serta memupuk minat generasi muda terhadap khazanah budaya tersebut.

Pengasas AI Dot Com Management, Awg Amirul Hafizan Awg Daili berkata, edisi kedua pertandingan itu menyaksikan peningkatan penyertaan dengan seramai 31 peserta mengambil bahagian berbanding 23 peserta pada edisi pertama tahun lalu.

Dari kiri, Aaira Inara, Axella Iva dan Nur Nia Ramadhani merakam swafoto bersama. Foto: MOHD ALIF NONI

Menurutnya, pertandingan berkenaan terbahagi kepada tiga kategori iaitu Kategori A (empat hingga tujuh tahun), Kategori B (lapan hingga 11 tahun) dan Kategori C (12 hingga 17 tahun).

“Penganjuran edisi pertama tahun lalu bertemakan Nusantara yang menggabungkan budaya Malaysia dan Indonesia, manakala edisi kali ini mengetengahkan konsep budaya Peranakan Cina atau Baba dan Nyonya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Ratu Kebaya Cilik Sarawak Vol. 2 Edisi 2026 di Plaza Merdeka, di sini, hari ini.

Awg Amirul berkata, penganjuran pertandingan itu bukan sekadar mencari pemenang, sebaliknya bertujuan memelihara warisan budaya Peranakan Baba dan Nyonya agar terus dikenali, khususnya dalam kalangan generasi muda.

“Bagi tujuan itu, kami menghimpunkan peserta dari seluruh Sarawak termasuk Kuching, Sarikei dan Julau yang merupakan antara lokasi paling jauh,” katanya.

Beliau berkata, penganjuran Ratu Kebaya Cilik Sarawak akan diteruskan pada edisi akan datang dengan mengetengahkan konsep budaya Indonesia.

“Edisi ketiga nanti akan beralih kepada konsep Indonesia kerana pertandingan ini merupakan program tahunan yang akan diteruskan,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Awg Amirul berkata program berkenaan turut diwujudkan sebagai platform untuk memberi peluang kepada pereka fesyen tempatan Sarawak mengetengahkan hasil karya mereka kepada masyarakat.

Menurutnya, pertandingan itu juga memberi pendedahan kepada kanak-kanak mengenai warisan budaya Baba dan Nyonya.

Sementara itu, pertandingan bertemakan ‘Kebaya Nyonya’ menyaksikan Aaira Inara Putit, 6, dinobatkan sebagai juara Kategori A, manakala Nur Nia Ramadhani Norhisham, 11, muncul juara Kategori B dan Axella Iva Sonny, 16, menjuarai Kategori C.

Sehubungan itu, Awg Amirul turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan program berkenaan.

Beliau berkata kejayaan penganjuran pertandingan itu hasil kerjasama erat pasukan AI Dot Com Management serta sokongan pihak pengurusan Plaza Merdeka Shopping Centre dan para penaja.

Antara penaja yang menyokong program tersebut ialah Raz Couture, Austin Car Accessories, Zeed Zeeda Management, Her Artistry Project Studio by MarieAnn, Bryani Resources Sdn. Bhd., Mas Collections serta jurugambar rasmi, Cass Studio by Madam Cassandra.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Tubi Mbos khazanah kulinari Bidayuh

TUBI mbos merupakan warisan kulinari masyarakat Bidayuh Biatah di Kampung Pain Bojong yang lahir daripada kearifan tempatan sebagai bekalan makanan mesra alam untuk penduduk ke