ARTIKEL

Wartawan saluran TRT Arabi yang cedera dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan selepas serangan Israel di kem pelarian Nuseirat, Gaza. - Foto: Anadolu

Wartawan antara yang cedera dalam serangan Israel ke atas kem pelarian Nuseirat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

GAZA: Beberapa orang wartawan telah cedera dalam serangan tentera Israel yang menyasarkan Kem Pelarian Nuseirat di tengah Semenanjung Gaza, lapor Agensi Anadolu. 

Sumber perubatan memberitahu Anadolu, antara yang cedera ialah wartawan lapangan dari saluran TRT Arabic yang melaporkan mengenai serangan di Gaza.

Lebih 33,600 warga Palestin maut dalam serangan Israel ke atas Gaza sejak 7 Oktober tahun lepas.

Rejim itu juga melakukan sekatan di bahagian pantai mengakibatkan populasi Gaza, terutamanya di utara, di ambang kebuluran.

Serangan Israel itu telah mengakibatkan 85 peratus daripada penduduk Gaza hilang tempat tinggal selain menghadapi kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan yang akut sementara kebanyakan daripada infrastrukturnya telah rosak atau musnah.

Israel telah didakwa di Mahkamah Keadilan Antarabangsa atas pertuduhan melakukan genosid, dan mahkamah itu juga mengarahkannya untuk mengambil lebih banyak tindakan bagi mengelakkan kebuluran di Gaza. – BERNAMA-ANADOLU

BERITA LAIN

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

BERITA TERBARU

Atlet muda Muay Thai Sarawak berpotensi besar

BINTULU: Presiden Persatuan Muay Thai Negeri Sarawak (PMNS), Jumaat Ibrahim kagum dengan prestasi yang dipamerkan atlet muda yang bersaing dalam Kejohan Muay Thai Piala Premier