ARTIKEL

Warung Futbol E juara Futsal 5V5 Miri 2023

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pasukan Warung Futbol E berjaya merangkul gelaran juara Kejohanan Futsal 5 X 5 Miri Edisi Ke-130 2023, menyingkirkan pesaing mereka Biscom Mix FT pada aksi final yang berlangsung di Stadium Tertutup Miri hujung minggu lalu.

Selaku juara, pasukan Warung Futbol E berjaya membawa pulang wang tunai RM2,000 beserta piala dan pingat.

Manakala, hadiah wang tunai RM1,000 beserta piala dan pingat diterima pemain pasukan Biscom Mix FT selaku naib juara.

Sementara itu, tempat ketiga milik pasukan Legacy 88 ZF  dan turut membawa pulang hadiah wang tunai RM500 dan pingat.

Berbanding hadiah wang tunai RM300 dan pingat diterima pemain pasukan  Allchemist Empire selaku pemenang tempat keempat.

Dalam pada itu, keceriaan berganda buat pasukan Warung Futbol E  apabila dua pemain sensasi mereka berjaya memonopoli dua anugerah utama.

Haillery Jimsani (Penjaga Gol Terbaik) dan Mohd. Fitri Zoll (Penjaring Terbanyak). Sambil itu, Anugerah Pemain Terbaik milik Mohd. Ikhsan Johari  (Biscom Mix FT) selain Anugerah Pasukan Terbaik juga milik Biscom Mix FT.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan Futbolista Group, Philemon Wity.

Kejohanan dua hari (18 & 19 Mac) itu disertai 26 pasukan dari beberapa bahagian seperti Miri, Bintulu, Mukah, Dalat, Marudi, Bekenu, Belaga dan Long Lama.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU