Trending

Waspada jumpa Korea Selatan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

SKUAD bola sepak kebangsaan kendalian Kim Pan Gon perlu lebih berwaspada mendepani cabaran Korea Selatan dalam Kumpulan E pada Piala Asia 2023 di Qatar yang akan berlangsung Januari depan.

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin berkata selain bergelar pasukan terbaik Asia, Korea Selatan diakui mempunyai kualiti permainan yang tinggi berikutan telah beraksi berulang kali di pentas Piala Dunia.

Selain Korea Selatan yang menghuni ranking ke-27 dunia, skuad negara turut diundi bersama-sama Jordan (ke-84 dunia) dan Bahrain (ke-85 dunia) dalam Kumpulan E menerusi undian diadakan di Qatar, barubaru ini.

“Kita perlu berhati-hati kerana pasukan yang berada dalam kumpulan ini adalah pasukan terbaik Asia.

Kalau kita lihat Korea Selatan ini bukan sahaja terbaik Asia tapi kualiti Piala dunia,” katanya kepada pemberita pada Majlis Hari Raya FAM di Wisma FAM.

Justeru, dalam mendepani saingan Piala Asia bermula 12 Jan hingga 10 Feb 2024 itu, Hamidin berkata FAM giat merangka persiapan terbaik buat skuad negara termasuk mengadakan beberapa perlawanan persahabatan bermula Jun ini.

Bercakap mengenai sasaran diletakkan kepada Pan Gon pada Piala Asia itu nanti, Hamidin berkata pihaknya berharap untuk skuad negara sekurangkurangnya meraih mata dalam setiap perlawanan.

“Saya harap tidak pulang kosong, bawa balik mata ke Malaysia.

Kalau kita layak ke pusingan 16 terbaik, itu satu pencapaian yang bagus kerana ia akan menaikkan ranking pasukan negara,” katanya.

Sementara itu, mengenai prestasi mengecewakan skuad bola sepak Bawah 22 Tahun (B-22) negara di Sukan SEA Kemboja, beliau berkata badan induk sukan itu sedang menunggu laporan lengkap prestasi daripada ketua jurulatihnya, E.Elavarasan.

“Ini kali pertama dia (Elavarasan) bawa skuad B-22 ke Sukan SEA jadi kita perlu melihat terlebih dahulu laporan daripada beliau dan barisan teknikal untuk pihak pengarah teknikal serta jurulatih skuad utama Pan Gon nilai.

“Laporan itu mungkin akan siap minggu depan.

Jadi daripada situ kita akan lihat secara keseluruhan prestasi sepanjang berada di Sukan SEA Kemboja,” katanya. – Bernama 

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru