ARTIKEL

Waspada terhadap pautan palsu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada terhadap pautan serta akaun media sosial palsu yang menyalahgunakan jenama dan gambar Bank Islam bagi tujuan penipuan.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Bank Islam Mohamed Iran Moriff Mohd Shariff dalam kenyataan berkata semua kempen yang dianjurkan pihaknya hanya dipromosikan menerusi saluran rasmi Bank Islam.

“Bank Islam sentiasa mengutamakan keselamatan data dan kepentingan pelanggan.

Kami tidak akan meminta maklumat peribadi atau sensitif pelanggan seperti nombor akaun, kata laluan atau kod kata laluan satu kali (OTP) melalui laman web mahupun akaun media sosial bagi sebarang kempen yang dijalankan.

“Malah promosi-promosi mengenai kempen hanya dilakukan pada laman rasmi Bank Islam sahaja.

Oleh itu, kami menggesa orang ramai agar lebih berwaspada dan tidak mudah terperdaya dengan taktik licik golongan tidak bertanggungjawab,” katanya dalam kenyataan.

Mohamed Iran Moriff turut meminta orang ramai untuk sentiasa memastikan kesahihan maklumat terlebih dahulu sebelum mengambil langkah seterusnya.

“Semua maklumat rasmi berkaitan kempen, promosi, atau produk perbankan, hanya akan disiarkan melalui saluran rasmi iaitu laman web rasmi Bank Islam di pautan www.bankislam.com dan media sosial Bank Islam adalah Facebook Bank Islam Malaysia Berhad, Instagram bankislam dan X myBankIslam serta LinkedIn Bank Islam Malaysia Berhad,” katanya.

Pada masa sama, pengguna juga disarankan melindungi diri mereka daripada menjadi mangsa dengan berhati-hati pautan boleh diklik, sentiasa log masuk ke akaun perbankan melalui laman web rasmi Bank Islam, memerhatikan pautan laman web dengan teliti sebelum meneruskan aktiviti perbankan.

Selain itu, beliau juga meminta orang ramai supaya memastikan imej dan kata keselamatan yang betul sebelum memasukkan kata laluan. – BERNAMA

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

Sarawak teliti cadangan STOLport di Apau Koden

KUCHING: Cadangan pembinaan lapangan terbang pendek (STOLport) di Apau Koden akan diteliti bagi meningkatkan perhubungan udara untuk 27 kampung masyarakat Kenyah dan Penan di kawasan

Hamzah cadang subsidi lesen memandu untuk B40

KUCHING: Kos mendapatkan lesen memandu yang membebankan golongan berpendapatan rendah mendorong Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Datuk Hamzah Brahim, mencadangkan skim subsidi bagi membantu