[Wawancara] Yang terbaik untuk Pakan

Dengan pengalaman lebih 20 tahun dalam bidang politik, Adun Pakan, Tan Sri William Mawan Ikom lebih selesa untuk memberi fokus kepada rakyat. Walaupun kini hanya aktif di kawasannya, namun beliau cukup bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN-12) akan datang.

Sebagai veteran politik, beliau pernah memegang pelbagai jawatan dalam Kabinet Sarawak. Malah, beliau turut berkongsi pengalaman ketika digelar ahli politik ‘katak’ susulan penglibatan bersama Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP), Parti Tenaga Rakyat Sarawak (Teras) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) sebelum menyertai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sehingga kini. Ikuti temu bual eksklusif beliau bersama TVS baru-baru ini.

TVS: Tan Sri telah meluangkan banyak masa di Pakan sejak dua tahun yang lalu. Apa yang Tan Sri rancang untuk Pakan?

WILLIAM MAWAN: Saya tidak ada formula atau falsafah apabila ia berkaitan dengan politik. Jadi, saya perlu berada di lapangan untuk melihat sendiri apa yang berlaku daripada perspektif rakyat dan apa yang mereka mahukan.

Apakah yang menyebabkan Tan Sri masih bersemangat?

Saya berasakan semangat bekerja itu masih ada dan saya masih lagi sihat untuk turun ke lapangan bersama-sama dengan rakyat. Walaupun pada usia ini dan dengan pengalaman yang ada, saya berasakan masih perlu belajar dan menyumbang kepada rakyat.

Jika dahulu, tidak banyak perkara yang dapat dilakukan. Itu bukan bermakna kami tidak mahu bekerja untuk rakyat tetapi sumber yang ada amat terhad dan sedikit.

Peruntukan pembangunan kerajaan, Projek Kecil Luar Bandar (MRP) dan elaun kepada wakil rakyat, semuanya tidak mencukupi.

Sepanjang tempoh dua tahun setengah yang lalu, saya cuba untuk melaksanakan pembangunan di kawasan ini dengan mengambil kira peruntukan sedia ada, program yang perlu dilaksanakan dan saya cuba mengambil beberapa agensi kerajaan untuk melihat perkara yang dapat kami laksanakan.

Pada mulanya, kita harus seiring dengan rancangan pembangunan, program kerajaan, yang mana perlu diutamakan dan setakat ini pelaksanaan sangat baik terutamanya berkaitan dengan Program Transformasi Luar Bandar (RTP)

Tan Sri aktif di lapangan dalam tempoh dua tahun lalu. Adakah ini petanda Tan Sri masih yakin untuk bertanding pada PRN akan datang?

Masyarakat sering kali cuba untuk membaca apa yang saya lakukan dan mengapa saya melakukannya. Tetapi apabila tahap persediaan saya dikekalkan dengan perjalanan yang cukup mencabar ini, saya berasakan bahawa saya sangat bersedia. Namun, keputusan itu bukan di tangan saya.

Berdasarkan apa yang telah dilaksanakan, menunjukkan Tan Sri belum bersedia untuk melepaskan kerusi di Dun Pakan dan Tan Sri masih bersedia untuk bertanding?

Kita harus mempunyai pilihan untuk diri sendiri dan membuka pilihan itu. Apa yang anda lakukan dan sumbangkan adalah untuk rakyat, bukan untuk diri sendiri.

Sekali lagi, bos adalah bos. Beliau yang harus memutuskan apa yang mengukuhkan kedudukannya dan memastikan keseluruhan proses, pasukan dan rancangan tetap berfungsi untuk rakyat.

Sekiranya saya menghalang proses tersebut, maka saya harus dikeluarkan. Sekiranya saya masih memberikan sumbangan kepada pasukan secara keseluruhan untuk memastikan bahawa saya tidak perlu ‘melompat dari bangunan’ (seperti yang diarahkan oleh ketua), maka saya tidak perlu melakukannya. Tetapi jika ia adalah untuk menyelesaikan masalah, maka saya akan melompat.

Sekarang saya yakin dengan diri sendiri dan tahap sokongan yang saya miliki. Saya tahu saya telah sampai ke tahap bahawa saya dapat menilai tahap keyakinan rakyat, tidak semestinya terhadap saya tetapi kepada kerajaan dan parti yang saya wakili.

Bagaimana Tan Sri dapat meningkatkan prestasi pada pilihan raya akan datang?

Secara peribadi, banyak rakyat yang menyukai saya tetapi dalam rantaian yang kita ada untuk setiap parti atau sokongan yang diberikan di setiap kawasan, ia agak berbeza. Jadi, mereka masih lagi mendengar arahan daripada pihak yang lain. Oleh itu, sekiranya saya perlu menilai tahap sokongan, saya bersedia. Saya boleh percaya bahawa mereka menyukai saya.

Terdapat kajian menyatakan Pakan merupakan kawasan termiskin di Sarawak.

Berdasarkan Banci Ekonomi pada 2016, Pakan terkenal dengan pengeluaran hasil lada. Terdapat 17,000 hektar kebun lada dalam negara dan daripada jumlah itu, 16,000 hektar adalah di Sarawak dan selebihnya di Sabah dan Johor.

Pakan mempunyai 2,000 hektar kebun lada secara keseluruhan yang melibatkan hasil pengeluaran sebanyak 3,490 metrik tan bernilai RM109 juta.

Kami hanya mempunyai populasi 17,000. Daripada jumlah itu, 5,800 orang terlibat dengan penanaman lada dengan hasil pendapatan berjumlah RM105 juta.

Bagaimana pula kami boleh menjadi yang termiskin? Pakan mempunyai 97 peratus bekalan elektrik, 97 peratus jaringan jalan raya dan 62 peratus bekalan air dengan banyak lagi projek lain yang bakal dilaksanakan di seluruh tempat di kawasan ini.

Tidak dilupakan juga hasil tanaman seperti kelapa sawit dan penanaman getah. Bukan itu sahaja, tiada rumah panjang di Pakan yang masih dalam keadaan usang.

Semua rumah panjang di Pakan kini berkonkrit. Mereka yang mengatakan Pakan adalah daerah termiskin di Malaysia, saya berasakan ia tuduhan yang agak keterlaluan.

Semua pekara itu adalah tidak benar. Saya tidak tahu apa petunjuk atau kaedah yang mereka gunakan untuk membuat kesimpulan seperti itu.

Saya tidak akan mempersoal dengan lebih lanjut kerana saya bukan ahli antropologi atau ekonomi, tetapi saya mempelawa mereka sendiri ke Pakan.

Para pakar atau ahli profesional yang ingin datang ke Pakan, anda boleh menilai sendiri. Saya sanggup membayar bil untuk perkara itu. Sila datang dan nilai sendiri komen yang anda berikan.

Saya tidak akan mendapat manfaat daripada perkara ini tetapi mereka tidak seharusnya memberikan tuduhan seperti itu. Orang luar sering mengatakan Pakan adalah yang termiskin, terpencil di pekan atau daerah dan jauh ke pedalaman.

Tidak! Pakan berada di tengah bandar, hanya 30 minit dari Sarikei dengan jaringan jalan raya yang bagus.

Apa prinsip asas Tan Sri dalam politik?

Pertama, ia bukan berkaitan dengan diri anda atau bayangan ekonomi anda sendiri tetapi ia turut melibatkan orang lain. Pada saya, politik umpama pencerobohan terhadap privasi anda, untuk kepentingan diri anda. Anda boleh menghapuskannya tetapi jika tidak dapat, maka jangan lakukannya.

Tan Sri telah menjadi Presiden SPDP yang kemudiannya bertukar nama kepada PDP dan Presiden Parti Tenaga Sarawak (Teras). Kini Tan Sri adalah salah seorang Adun. Jika diimbas kembali, adakah Tan Sri menyesal terhadap kesilapan yang dilakukan ini?

Ia mungkin bukan kesilapan jika dilihat dari perspektif peribadi saya. Saya masuk untuk kepentingan politik. Saya berada dalam SNAP ketika ahli profesional Dayak meninggalkan parti itu dengan alasan mereka sendiri. Semasa kumpulan keluar, saya mengetuai sekumpulan Dayak profesional untuk masuk dalam parti ini.

Tetapi pada masa itu juga keadaan tidak bertambah baik. Terdapat beberapa kekurangan dan suara kami tidak didengar dengan tepat. Oleh itu, bersama kumpulan profesional, kami meninggalkan SNAP dan membentuk parti lain iaitu SPDP. Kemudian, kami menemui masalah yang sama dan tersasar daripada perjuangan asal.

Walaupun masalah telah diselesaikan oleh kepemimpinan tertinggi Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional (BN) ketika itu, ada yang masih berusaha untuk ‘menggegarkan perairan’ yang boleh mengakibatkan bencana sehingga saya menyerah.

Pengajaran atau pelajaran politik daripada apa yang telah berlaku ini?

Dalam memperkuatkan diri sendiri atau kumpulan, anda perlu mempunyai daya tahan dan serba boleh. Anda mesti mempunyai idea, tujuan, pasukan, visi dan juga kaedah untuk melaksanakannya. Andaikan kita semua mempunyai wang, tetapi jika anda tidak menyesuaikan diri dengan parti utama yang ada, saya tahu kita akan jatuh.

Politik ada jatuh dan bangunnya sendiri. Setelah jauh perjalanan dalam bidang ini, persepsi, isu politik akan berubah, yang tua akan memberi peluang kepada yang muda dan kemudian anda akan menilai sendiri apa yang berlaku pada hari ini dan faktor yang menyebabkan perkara itu berlaku.

Mengapa memilih PBB?

Pilihan itu sudah terang lagi bersuluh. Mereka yang mengenali saya ketika penglibatan saya bersama SNAP dan penubuhan SPDP dan Teras, mereka tahu bahawa ia sentiasa menjadi pilihan saya.

Bagaimana saya menguruskan hal ehwal parti, ia tidak pernah tersasar daripada pemahaman bersama dengan PBB termasuk panduan dan nasihat. Ketika bersama dengan PBB sekarang, saya berasa selesa, ramai rakan seperjuangan dan ‘rumah’ yang saya impikan.

Melihat dari sudut itu, saya dapat melakukan sesuatu untuk kawasan saya kerana kebanyakannya berada dalam mekanisme dan strata PBB. Ketika saya menyertai PBB, saya sentiasa menjelaskan kepada rakyat di kawasan saya dan membawa borang keahlian PBB.

Setakat ini, terdapat sekitar 6,000 ahli PBB di kawasan saya dengan lebih 200 borang masih berada di pejabat saya. Semuanya saya lakukan sendiri selama ini sehingga hari ini, termasuk merekrut ahli PBB baharu. Ini dilakukan dengan harapan saya dapat menggabungkan PBB sebagai sebuah parti dan kedudukan Gabungan Parti Sarawak (GPS) sebagai kerajaan yang memerintah.

Dalam isu berkaitan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR), pelbagai tuduhan terhadap Kerajaan Sarawak. Bagaimana Tan Sri melihat kritikan ini walaupun pelbagai usaha dilakukan oleh Kerajaan Sarawak untuk mengatasinya?

Isu tanah adalah suatu isu yang mudah untuk dimanipulasikan dan digunakan untuk berpolitik. Malah pihak pembangkang melihat ia sebagai suatu perkara yang mudah dan mengubah ia menjadi sesuatu yang berbeza. Sebagai contoh, mewartakan di bawah Seksyen 6 adalah tindakan kerajaan merampas tanah NCR daripada rakyat.

Apabila perkara ini tular di media sosial, sukar untuk kita membantah kerana kenyataan seperti itu dikeluarkan dalam pelbagai bentuk. Jadi saya berasakan tiada pilihan lain selain rakyat meletakkan kepercayaan mereka kepada kerajaan.

Kerajaan adalah individu, organisasi atau entiti terakhir. Persepsi yang berbeza mengenai isu NCR ini hanya untuk kepentingan politik sementara, saya berasakan ia tidak seharusnya dijadikan sebagai bahan politik.

Ini kerana pada akhirnya, pemilik tanah juga yang akan kerugian. Pelbagai kriteria dan perimeter telah dikeluarkan oleh kerajaan. Jika ia tidak diselesaikan, maka ia akan mewujudkan perbalahan antara ahli keluarga atau jiran kerana sukar untuk menentukan pemilikan tanah tanpa dokumen yang sah.

Nasihat kepada pemilik tanah.

Sebelum pemilik tanah itu sendiri hendak melakukan pengukuran ke atas tanah mereka, sudah pasti jumlah perbelanjaan yang tinggi diperlukan. Jadi kita amat bertuah kerana Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak memperuntukkan sejumlah peruntukan untuk pengukuran perimeter tanah NCR. Apabila anda tidak bersetuju tanah anda diukur kerana terpengaruh dengan tipu muslihat pembangkang, maka anda telah kehilangan sesuatu.

Cabaran utama yang dihadapi komuniti Iban ketika ini?

Keadaan telah berubah kerana kemajuan dalam pendidikan. Pada masa lalu, kami mempunyai sistem nilai sosial tersendiri yang berpegang kepada penghormatan dan nilai kepahlawanan sebelum ini. Setelah sekolah dibina, masyarakat menjadi lebih berpendidikan dan setiap orang bebas untuk menyuarakan pendapat mereka, malah seakanakan mengetahui banyak perkara.

Daripada satu sudut, ia perkara yang bagus. Tetapi kita menjadi agak berpecah belah dan retak daripada satu sudut yang lain, yang sebenarnya bukan sudut positif terhadap demokrasi. Saya berasakan kita harus menahan diri dan menjadi lebih wajar.

Bagi Tan Sri apakah langkah seterusnya untuk komuniti Iban?

Bekerjasama dan memberikan sokongan kepada kerajaaan. Kerajaan tidak memaksa atau meminta anda menyumbangkan wang, hanya bekerjasama dan bersama dengan kerajaan. Pelbagai program dirancang oleh kerajaan, tetapi kami tidak dapat melakukan perkara ini bersendirian.

Saya tahu agensi kerajaan turut membantu saya, tetapi mereka yang layak, berpengalaman dan mampu perlu kembali ke Pakan untuk menguruskan pembangunan di kawasan ini. Saya akan mewujudkan satu pasukan tindakan untuk pembinaan, pembangunan dan transformasi di Pakan. Inilah masanya masyarakat memberikan kerjasama dan bukannya mewujudkan satu pembohongan untuk kepentingan diri sendiri. Berdiri bersama kerajaan hari ini. Itu adalah perkara yang dapat menjamin masa depan an