ARTIKEL

Wei Chong-Wooi Yik Cabar Kai Wun-Roy King Di Final Korea Masters

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki pecahan negara Man Wei Chong-Soh Wooi Yik mempamerkan keserasian semakin mantap apabila bangkit daripada ketinggalan untuk mara buat kali pertama ke pentas final pada Kejohanan Badminton Korea Masters 2026 di Asan, Korea Selatan, hari ini.

Pada aksi separuh akhir di Gimnasium Asan Yi Sun-sin, pasangan yang mula digandingkan ketua jurulatih beregu lelaki Herry Iman Pierngadi bulan lepas itu tewas tipis 18-21 pada set pertama kepada gandingan Jepun, Haruki Kawabe-Kenta Matsukawa.

Bagaimanapun, Wei Chong-Wooi Yik terpaksa bermandi peluh sebelum memenangi set kedua 22-20 untuk mengheret perlawanan ke set penentuan, sebelum melengkapkan kebangkitan dengan kemenangan 21-18.

Keputusan itu menyaksikan Wei Chong-Wooi Yik bakal berdepan rakan senegara Tee Kai Wun-Yap Roy King pada aksi final esok dalam kejohanan berstatus Super 300 yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan USD250,000 (RM1.022 juta).

Dalam satu lagi aksi separuh akhir, Kai Wun-Roy King menerima laluan mudah ke final selepas pencabar mereka dari Jepun, Shuji Sawada-Daigo Tanioka, menarik diri.

Sementara itu, nasib berbeza menimpa perseorangan lelaki negara Cheam June Wei apabila langkahnya tersekat selepas tewas kepada pemain China, Zhu Xuan Chen 21-8, 16-21, 12-21 dalam pertarungan selama 58 minit.

Kekalahan itu sekali gus menamatkan cabaran Malaysia dalam acara perseorangan lelaki pada Korea Masters 2026 di peringkat separuh akhir.- BERNAMA

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

BERITA TERBARU

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Tubi Mbos khazanah kulinari Bidayuh

TUBI mbos merupakan warisan kulinari masyarakat Bidayuh Biatah di Kampung Pain Bojong yang lahir daripada kearifan tempatan sebagai bekalan makanan mesra alam untuk penduduk ke