ARTIKEL

Wellness Hub Sibuti galak gaya hidup sihat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BEKENU: Projek menaik taraf bangunan lama Open Air Market kepada Wellness Hub Sibuti kini sedang giat dilaksanakan bagi menyediakan perkhidmatan kesejahteraan dan kesihatan yang lebih komprehensif kepada komuniti setempat.

Menurut kenyataan Pejabat Kesihatan Bahagian Miri, projek bernilai RM977,804 itu bermula pada 5 Jun lalu dan dijadual siap sepenuhnya pada 20 November ini dalam tempoh pembinaan selama 24 minggu.

“Wellness Hub Sibuti merupakan satu inisiatif penting dalam usaha memperluaskan perkhidmatan kesihatan dan kesejahteraan secara bersepadu serta menyeluruh kepada komuniti luar bandar.

“Pelaksanaan aktiviti di hub ini akan menyokong Teras 2 di bawah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS), dengan fokus kepada pencegahan penyakit tidak berjangkit seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan kolesterol tinggi,” kata kenyataan itu.

Difahamkan, inisiatif ini turut selari dengan halatuju Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang kini beralih daripada konsep “Sick Care” kepada “Health Care” dalam melahirkan individu berkemahiran menjaga kesihatan diri, keluarga dan masyarakat.

“Kemudahan ini juga memberi tumpuan kepada pendekatan pembinaan kemahiran (skill-oriented) yang dapat menggalakkan perubahan tingkah laku ke arah gaya hidup sihat dalam kalangan penduduk setempat.

“Antara perkhidmatan yang bakal ditawarkan termasuk penilaian faktor risiko kesihatan, perkhidmatan berhenti merokok, pengurusan berat badan IFitEr (I Fit and Eat Right), runding cara gaya hidup sihat, kekal aktif, wellness studio, gimnasium dan galeri infosihat,” tambah kenyataan itu lagi.

Berdiri kedua dari kanan, Pegawai Kesihatan Bahagian Miri, Dr. P. Raviwharmman Packierisamy merakamkan gambar kenangan bersama di lokasi.

Bangunan baharu itu akan direka bentuk dengan ciri moden dan mesra alam, menempatkan pejabat, bilik konsultasi, bilik mesyuarat, studio multimedia, ruang galeri, studio kecergasan dan gimnasium.

Projek ini dilaksanakan oleh kontraktor Indah Suria Enterprise.

Terdahulu, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Lukanisman Awang Sauni bersama Pegawai Kesihatan Bahagian Miri, Dr. P. Raviwharmman Packierisamy serta pegawai-pegawai KKM dan Pejabat Kesihatan Bahagian Miri turut menghadiri sesi lawatan tapak dan taklimat projek tersebut baru-baru ini.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha