ARTIKEL

Tapak niaga yang dikenali "Wilayah Lemang Kijal" itu mula dibina enam bulan lepas dan akan menempatkan 16 buah gerai. - Gambar Bernama

Wilayah Lemang Kijal dijangka tarik lebih ramai pelanggan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

CHUKAI: Tapak baharu gerai lemang yang terkenal di Kijal, di sini dijangka mampu menarik lebih ramai pelanggan, selain turut dilengkapi pelbagai kemudahan untuk keselesaan penjual.

Pengerusi Persatuan Peniaga-Peniaga Lemang Kijal Khazalina Khalid berkata tapak niaga yang dikenali “Wilayah Lemang Kijal” itu mula dibina enam bulan lepas dan akan menempatkan 16 buah gerai, lengkap dengan bekalan air serta elektrik.

Beliau berkata para peniaga dijangka memulakan operasi di tapak baharu itu yang terletak tidak jauh dari tapak gerai lama bermula minggu hadapan.

“Gerai lama yang dibina daripada kayu sudah dalam keadaan uzur kerana dibina 25 tahun lepas selain lokasinya terlalu hampir dengan jalan raya sehingga membahayakan pelanggan,” katanya ketika ditemui pemberita di sini semalam.

Beliau berkata tapak lama juga sering dilanda banjir kilat sehingga mencecah 0.5 meter setiap kali hujan lebat akibat limpahan air dari kawasan bukit berdekatan sehingga peniaga terpaksa menutup sementara operasi.

Dalam pada itu, Khazalina berkata peniaga terlibat juga berjanji akan mengekalkan harga lemang antara RM4 hingga RM10 sebatang, mengikut saiz buluh dan berharap perniagaan mereka terus menerima sambutan yang baik.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Terengganu Datuk Razali Idris berkata kerajaan negeri meluluskan peruntukan RM500,000 bagi pembinaan gerai lemang tersebut.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal berkata pembinaan gerai itu merupakan fasa pertama projek berkenaan memandangkan sebuah lagi tapak perniagaan baharu lemang bernilai RM1 juta akan dibangunkan di Kijal pada tahun ini.

“Tapak baharu fasa kedua itu akan dibina di persimpangan jalan berdekatan Kolej Universiti TATI (UCTATI) dan ia akan menjadikan Kijal sebagai pusat perniagaan lemang terbesar di Terengganu,” katanya.– BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Projek ART Kuching Jadi Rujukan

KUCHING: Projek Transit Aliran Autonomi (ART) Kuching menjadi antara projek rujukan utama luar negara bagi China Railway Rolling Stock Corporation (CRRC) dalam usaha memperluas penggunaan