ARTIKEL

Bobby bercakap pada Majlis Perasmian Wisma Elica yang menempatkan voco Kuching by IHG dan Care Collective yang dirasmikan oleh Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, di sini, hari ini. GAMBAR: UKAS

Wisma Elica perkenal konsep pembangunan bersepadu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Wisma Elica memperkenalkan konsep pembangunan bersepadu yang menghimpunkan perkhidmatan hospitaliti, kesejahteraan, gaya hidup dan penjagaan warga emas di bawah satu bumbung.

Pengarah Urusan, Elica Equity Datuk Bobby Ting berkata, pembangunan itu menempatkan voco Kuching by IHG dan Care Collective, iaitu pusat kesejahteraan warga emas terbesar di Malaysia Timur.

Menurutnya, voco Kuching by IHG berperanan menyambut pengunjung dari seluruh dunia, manakala Care Collective menyediakan perkhidmatan yang membolehkan warga emas menjalani kehidupan secara bermaruah dan berdikari serta memberi ketenangan kepada keluarga mereka.

“Kedua-duanya mencerminkan kepercayaan kami bahawa sesebuah pembangunan yang berjaya perlu mewujudkan nilai ekonomi dan memberikan impak sosial yang bermakna,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Wisma Elica yang menempatkan voco Kuching by IHG dan Care Collective yang dirasmikan oleh Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, di sini, hari ini.

Bobby berkata, bangunan itu sebelum ini dikenali sebagai Four Points by Sheraton dan Century Hotel sebelum melalui proses transformasi serta diberikan nafas baharu.

“Ketika kami mula pertama kali meninjau hartanah ini, ramai melihatnya sebagai sebuah hotel lama yang zaman kegemilangannya telah berlalu namun, kami melihat sesuatu yang berbeza, iaitu sebuah peluang.

“Peluang untuk memelihara sebuah mercu tanda yang tidak asing lagi, menghidupkannya semula dan mentransformasikannya menjadi sebuah destinasi yang dapat terus berkhidmat kepada Kuching dan Sarawak untuk tempoh bertahun-tahun akan datang,” tegasnya.

Mengulas lanjut, jelasnya, visi itu bermula dengan Care Collective apabila pihaknya sedang mencari sebuah lokasi yang mampu mentakrifkan semula konsep kesejahteraan warga emas.

“Ketika meneliti bangunan ini, kami menyedari bahawa ia berpotensi menjadi lebih daripada sekadar sebuah hotel, sebaliknya boleh menjadi tempat yang menghimpunkan hospitaliti, kesejahteraan, gaya hidup dan komuniti,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan, pihaknya memilih IHG Hotels & Resorts dan jenama voco sebagai rakan kongsi kerana mahukan jenama antarabangsa yang mempunyai personaliti, kemesraan dan fleksibiliti untuk mencerminkan keunikan Kuching.

Justeru, Bobby berharap agar Wisma Elica menjadi tempat pengunjung mengenali Sarawak, keluarga mencipta kenangan, perniagaan berkembang dan warga emas terus menjalani kehidupan dengan bermaruah serta mempunyai tujuan.

BERITA LAIN

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah