ARTIKEL

Datuk Seri Wong Chun Wai, yang dilantik semula sebagai Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) bagi tempoh 1 Sept 2025 hingga 31 Ogos 2027, akan memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan sumber pendapatan agensi berita itu.

Wong Chun Wai kekal terajui Lembaga Gabenor Bernama hingga 2027

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Datuk Seri Wong Chun Wai dilantik semula sebagai Pengerusi Lembaga Gabenor (Board of Governors) Agensi Berita Nasional Malaysia (Bernama).

Sementara itu, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Azhar Abdul Hamid dilantik sebagai Presiden Majlis Penyeliaan agensi berita tersebut yang baharu.

Pelantikan mereka, yang berkuat kuasa mulai 1 September lalu hingga 31 Ogos 2027, dibuat atas perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Wong, 64, merupakan tokoh media terkemuka dan Sasterawan Kewartawanan Negara, yang mula dilantik sebagai Pengerusi Bernama pada 1 September 2023.

Beliau mempunyai pengalaman lebih 40 tahun dalam industri media dan pernah berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Gabenor agensi berita itu dari 2004 hingga 2010 serta Ahli Majlis Penyeliaan dari 2010 hingga 2014.

Anak kelahiran Pulau Pinang itu menamatkan pengajian dalam bidang sains politik dan sejarah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 1984.

Wong juga pernah berkhidmat sebagai Profesor Adjung di Sekolah Siswazah Othman Yeop Abdullah, Universiti Utara Malaysia (UUM), dan kini merupakan Profesor Adjung Media di Fakulti Kemanusiaan dan Sains Sosial UKM.

Beliau turut mengikuti kursus kepimpinan dan kewangan di beberapa universiti berprestij di Amerika Syarikat, termasuk University of Southern California dan Stanford University di bawah program Bank Negara Malaysia.
Antara pengiktirafan diterima beliau termasuk Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat bagi kepimpinan dalam industri media oleh Forum Ekonomi Cina Sedunia di Chongqing, China pada 2014, serta Anugerah Ketua Media Terbaik 2015 oleh McMillan Woods, sebuah firma perakaunan antarabangsa.

Untuk rekod, Lembaga Gabenor Bernama terdiri daripada seorang pengerusi dan 20 ahli yang mewakili kerajaan serta pelanggan media Bernama. Lembaga ini berperanan mengawasi pelaksanaan dasar dan prosedur agensi, selain memastikan misi Bernama untuk menyampaikan berita yang komprehensif, objektif dan saksama berkaitan kepentingan awam dan negara dipenuhi.

Sementara itu, Azhar menggantikan Datuk Muhammad Jamil Hussin, juga seorang Hakim Mahkamah Tinggi, yang tamat tempoh perkhidmatan pada 31 Ogos lalu.

Azhar, 61, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Anak jati Batu Pahat, Johor itu memulakan kerjaya kehakiman pada 1989 sebagai Majistret di Pahang sebelum dilantik sebagai Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Temerloh.

Sepanjang perkhidmatan beliau, Azhar pernah memegang pelbagai jawatan penting dalam bidang perundangan dan pentadbiran, termasuk Timbalan Pendakwa Raya di Unit Pendakwaan Kuala Lumpur; Pengurus Besar Bahagian Perundangan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM); Ketua Unit Pendakwaan di Kedah; Penasihat Undang-undang Negeri Terengganu; serta Ketua Pendakwaan dan Bahagian Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Terengganu.

Majlis Penyeliaan Bernama, yang dianggotai lima ahli keseluruhannya, bertanggungjawab memastikan agensi berita itu sentiasa mematuhi Akta BERNAMA 1967 dalam melaksanakan objektif dan peranannya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Patrick Stewart Meninggal Dunia

Dunia seni lakonan antarabangsa kehilangan seorang legenda apabila pelakon tersohor Britain, Sir Patrick Stewart, meninggal dunia pada usia 86 tahun di kediamannya di Los Angeles,

Tiga lelaki ditan

MUKAH: Tiga lelaki peranak menua beumur entara 24 nyentuk 26 taun ditan pengudah ditemu positif dadah bansa methamphetamine ba Operasyen Begulai Nagang Penyah t i