Bangkitkan keperluan kewujudan kurikulum baharu seperti teknologi digital, kecerdasan buatan (AI) dan penggunaan Internet Benda (IoT), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ujarnya, ia mustahak jika Malaysia benar-benar bersedia untuk menjadi negara kelas pertama dengan menyesuaikan diri dengan perubahan serta peredaran teknologi dunia semasa.
“Saya percaya, graduan negara mempunyai kemahiran tinggi dalam bidang tersebut dan mendapat peluang dalam industri berdasarkan permintaan semasa,” katanya ketika hadir program ‘Temu Anwar’ di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai.



