ARTIKEL

Wujudkan laluan kereta api Indonesia-Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Sarawak disaran menubuhkan jaringan laluan kereta api Kalimantan-Sarawak untuk merancakkan lagi aktiviti perdagangan dan ekonomi antara kedua-dua negara.

ADUN Stakan Datuk Hamzah Ibrahim berkata, usaha tersebut dapat dibincangkan lanjut dengan merangka perancangan awal bagi meningkatkan infrastruktur logistik itu.

“Mewujudkan jaringan jalan kereta api dari Kalimantan terus ke lokasi strategik di Sarawak adalah pilihan terbaik memandangkan jarak jalan laut yang jauh.

“Hal ini akan memudahkan pengeksportan barangan dari Kalimantan yang mempunyai penduduk seramai 14 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Perbahasan Menyokong Usul Penghargaan Atas Ucapan Yang Dipertua Negeri Sarawak pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

Jelasnya, langkah tersebut dijangka akan merancakkan lagi aktiviti ekonomi perdagangan antarabangsa serta memberi pulangan ekonomi memberangsangkan.

Untuk berita terperinci, sila dapatkan daripada e-paper atau akhbar Suara Sarawak di pasaran.

BERITA LAIN

Penganjuran Samarahan Family Fun Run promosikan ART

KOTA SAMARAHAN: Dalam usaha mempromosikan Transit Aliran Automasi (ART), acara ‘Samarahan Family Fun Run 2024’ bakal dianjurkan bagi memberikan kesedaran kepada orang ramai menggunakan perkhidmatan

BERITA TERBARU

Penganjuran Samarahan Family Fun Run promosikan ART

KOTA SAMARAHAN: Dalam usaha mempromosikan Transit Aliran Automasi (ART), acara ‘Samarahan Family Fun Run 2024’ bakal dianjurkan bagi memberikan kesedaran kepada orang ramai menggunakan perkhidmatan