ARTIKEL

Kumpulan K-Pop XENEX akan beraksi di Teater MBKS (foto: MBKS)

XENEX tarikan International Friendship Cities Night

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kumpulan K-Pop, XENEX bakal menjadi antara tarikan utama International Friendship Cities Night sempena Kuching Festival 2026 yang akan berlangsung selama tiga malam bermula esok di Teater MBKS, Taman Kuching.

Jelas kenyataan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Program itu turut menampilkan pelbagai persembahan budaya dari bandar persahabatan Kuching Selatan di Korea Selatan, China dan Jepun, sekali gus menawarkan pengalaman seni dan budaya antarabangsa kepada orang ramai secara percuma.

“Selain XENEX dari Guro, Korea Selatan, pengunjung turut berpeluang menyaksikan persembahan kumpulan Sanshu Asuke Taiko dari Asuke, Jepun yang mempersembahkan paluan dram tradisional Taiko, selain demonstrasi seni mempertahankan diri Shaolin Kung Fu oleh delegasi Zhengzhou, China.

Kumpulan K-Pop XENEX akan beraksi di Teater MBKS (foto: MBKS)

“Delegasi dari Quanzhou pula akan mempersembahkan tarian tradisional China yang mencerminkan kekayaan budaya dan sejarah bandar itu, manakala Zhenjiang akan mengetengahkan pelbagai persembahan kebudayaan termasuk muzik alat bertali tradisional, kuartet bertali, persembahan vokal, tarian serta nyanyian koir,” ujar kenyataan.

Kenyataan memaklumkan persembahan akan berlangsung pada 31 Julai bermula 7.30 malam, manakala pada 1 dan 2 Ogos bermula 7 malam.

“XENEX yang membuat penampilan sulung menerusi album single It’s Gonna Hurt sebelum tampil dengan album mini Next Step.

“Kumpulan K-Pop itu juga pernah membuat persembahan dalam beberapa program muzik popular Korea Selatan seperti SBS, MTV, THE SHOW, MBC Show Champion dan Arirang TV,” ujar kenyataan.

Datuk Bandar MBKS, Datuk Wee Hong Seng berkata, International Friendship Cities Night telah menjadi antara program paling dinantikan sepanjang penganjuran Kuching Festival kerana memberi peluang kepada masyarakat tempatan menikmati kepelbagaian budaya bandar-bandar persahabatan tanpa perlu ke luar negara.

Kemasukan ke semua persembahan adalah percuma dan orang ramai dijemput hadir lebih awal bagi mendapatkan tempat duduk yang selesa.

BERITA LAIN

15 penerima peruntukan khas Perdana Menteri di Mukah

MUKAH: Majlis Sambutan Warga Emas Mukah bukan sahaja menjadi wadah menghargai golongan berusia, malah turut menyaksikan penyerahan pelbagai peruntukan dan sumbangan bagi menyokong keperluan masyarakat

BERITA TERBARU