MUKAH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian, Abdul Yakub Arbi menyumbangkan lapan ekor lembu dan enam ekor kambing sempena sambutan Hari Raya Aidiladha kali ini.
Sumbangan tersebut diagihkan kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan surau di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian serta agensi kerajaan yang terlibat.
Bagi JKKK, ia melibatkan Kampung Kuala Balingian, Pulat, Masjid, Lintang, Baru dan Suyong.
Selain itu, Kampung Sungai Alo, Litong, Bunut, Skim Penempatan Semula (SPS) Sungai Alo, Tanjung, Mateding dan Penipah.
Seterusnya, Kampung Tutus Hilir, Tutus Ulu, Kelapa Baru, Jebungan Pantai, Jebungan Kuala, Jebungan, Sesok Lama, Sesok Baru, Sau, Teh Labak, Penakub Ulu, Teh dan Tabo.

Manakala agensi kerajaan yang menerima sumbangan ialah Jabatan Kerja Raya (JKR) Mukah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah, Jabatan Tanah dan Survei Mukah, Pejabat Daerah Mukah, Majlis Daerah Dalat dan Mukah (MDDM) serta Jabatan Pengairan dan Saliran Mukah.
Sehubungan itu, sumbangan tersebut juga merupakan antara inisiatif beliau dalam usaha menyemarakkan semangat ibadah korban kali ini.
Dalam pada itu, beliau berharap agar ia dapat memberi manfaat kepada para penerima sekali gus mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan komuniti setempat.
Hadir sama, Pegawai Daerah Mukah, Peleadzman Ahip dan Pegawai Pusat Khidmat Mukah, Almalhakim Norshidi.





