CENTEXS tawar empat program latihan Tenaga Hijau

Trending

YANG DI-PERTUAN AGONG BERCEMAR DULI KE SESI PERKONGSIAN PERNIAGAAN BERSAMA DELEGASI FUJIAN

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Yang Di-Pertuan Agong berkenan berangkat bercemar duli di sesi perkongsian perniagaan bersama Tan Sri Ir. Lim Hock San, Pengarah LBS, delegasi dari China, TYT Zhou Zuyi dan Zhou Kanfen, di Mandarin Oriental, Kuala Lumpur.

Untuk memperkukuhkan hubungan dagangan dan peluang potensi pelaburan

PETALING JAYA: LBS Bina Group Berhad (“LBS” atau Kumpulan) akan terus aktif mempromosikan pelaburan dari China ke Malaysia. Terdahulu pada 14 Mei 2023, LBS secara langsung terlibat dengan dua sesi perkongsian yang diadakan sempena kunjungan pemimpin kanan dari Kerajaan Fujian di China yang melakukan lawatan timbal balik ke Malaysia berikutan lawatan rasmi Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke China pada April 2023 lepas.

Salah sebuah sesi perkongsian tersebut berlangsung semasa majlis minum petang di Mandarin Oriental, Kuala Lumpur, di mana KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al -Musta’in Billah turut berkenan berangkat bercemar duli. Baginda turut bertitah tentang kestabilan politik Malaysia sekaligus menjemput pelabur China untuk meneroka potensi pelaburan di Malaysia, memandangkan hubungan baik antara negara-negara itu. Kerajaan Fujian turut menyuarakan minat khusus daripada pelabur China untuk melabur di Malaysia dalam industri yang berkaitan.

Baca lain  Sara-X buka peluang kerja

Dalam sesi perkongsian berasingan yang diadakan pada hari yang sama, LBS turut terlibat dengan mesyuarat delegasi Kerajaan Fujian yang turut dihadiri Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Ab Rauf bin Yusoh, bertempat di St. Regis Kuala Lumpur di mana perbincangan menyentuh tentang prospek kerjasama yang akan diterokai, dengan tumpuan khusus kepada pembangunan Zon Ekonomi Tepi Laut Melaka (M-WEZ).

LBS melalui anak syarikatnya, Leaptec Engineering Sdn Bhd memeterai perjanjian dengan kerajaan Melaka untuk membangunkan 1,200 ekar tanah di M-WEZ. Ketua Menteri Melaka seterusnya menyatakan kesediaan beliau dan kerajaan negeri untuk terus mempromosikan Melaka kepada pemimpin utama China bagi memacu kestabilan ekonomi.

Bagi kedua-dua sesi, LBS diwakili oleh Pengerusi Eksekutifnya, Tan Sri Ir. Lim Hock San serta Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Wira Joey Lim Hock Guan. Delegasi dari China termasuk Tuan Yang Terutama Zhou Zuyi (Setiausaha Jawatankuasa Wilayah PKC Fujian dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Wilayah Fujian) diiringi Encik Zhou Kuanfen (Timbalan Setiausaha Agung Jawatankuasa Wilayah PKC Fujian dan Ketua Pengarah Pejabat Am Jawatankuasa Wilayah CPC Fujian).

Pengerusi Eksekutif LBS, Tan Sri Ir. Lim Hock San (kiri) bersama TYT Zhou Zuyi, Setiausaha Jawatankuasa Wilayah PKC Fujian dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Wilayah Fujian bergambar kenangan bersama Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Ab Rauf bin Yusoh dan Ketua Pegawai Eksekutif & CEO LBS, Datuk Wira Joey Lim Hock Guan (kanan) di St. Regis Kuala Lumpur.

Pengerusi Eksekutif LBS Tan Sri Ir. Lim Hock San berkata, “Secara khususnya, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Di-Pertuan Agong di atas kesudian beliau mencemar duli berangkat dan menyerikan majlis jamuan minum petang pada 14 Mei 2023 lepas. Pertemuan ini diharap dapat mengeratkan lagi hubungan dua hala Malaysia dan China. Terdahulu pada bulan April, semasa lawatan YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke China, sebanyak 19 MoU telah dimeterai di antara syarikat-syarikat Malaysia dan syarikat-syarikat China, dengan komitmen pelaburan sebanyak RM170 bilion dari China ke Malaysia. Oleh itu, LBS positif bahawa China akan terus memainkan peranan besar dalam pembangunan dan kemajuan negara kita bergerak ke hadapan. Kami berharap dapat melihat peningkatan jumlah usaha sama dan kerjasama antara Malaysia dan China pada masa akan datang.”

Baca lain  Jenama tempatan tawar baju Raya Rahmah

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

7 Jun 2023

Berita Terbaru