Semua sekolah di Sarawak akan dinaik taraf mengikut standard tertentu

Yayasan Keluarga Malaysia dilancar untuk membantu anak-anak terkesan Covid-19

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUCHING: Sebuah institusi untuk membantu anak-anak yang terkesan akibat pandemik Covid-19 dalam memperoleh sokongan terutamanya daripada aspek pendidikan sehingga mencapai usia 18 tahun dinamakan Yayasan Keluarga Malaysia telah dilancarkan di sini, malam ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub ketika melancarkan insititusi tersebut berkata, ia merupakan manifestasi kasih sayang seluruh Keluarga Malaysia yang dizahirkan bersama untuk anak-anak yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

“Yayasan tersebut akan melebar sayap perlindungannya kepada anak-anak Keluarga Malaysia yang lain, yang turut memerlukan sokongan seumpamanya.

“Dengan adanya Yayasan Keluarga Malaysia, tidak ada lagi anak-anak yang terpaksa melalui penderitaan bersendirian. ,” katanya pada Majlis Pelancaran Keluarga Malaysia, di sini, semalam.

Justeru, beliau turut menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk kekal bersama-sama dan mengetepikan perbezaan dan meraikan kebersamaan sebagai sebuah keluarga besar Malaysia.

Turut hadir Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Kanan Pendidikan Malaysia Datuk Dr. Radzi Jidi serta barisan Kabinet Persekutuan dan Negeri yang lain.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

23 Mac 2023

Berita Terbaru