ARTIKEL

SUMBANGAN… Kakitangan Petronas menyampaikan sumbangan Yayasan Petronas kepada seorang penerima pada program Memacu Kehidupan sempena Tahun Baharu Cina di Bau.

Yayasan PETRONAS agih bantuan makanan untuk 2,100 keluarga di Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BAU: Yayasan PETRONAS mengagihkan bekalan makanan keperluan kepada 200 keluarga kurang berkemampuan di Bau sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Setiap keluarga menerima barangan makanan keperluan, minyak masak, beras, beras, gula, tepung, garam, sardin, kari ayam, teh, milo, mi panjang, cendawan kering, minyak bijan dan sos taucu, serta biskut yang diperoleh daripada peserta program Melestarikan Ekonomi Asas Rakyat (MEKAR).

Ini sebahagian daripada program Memacu Kehidupan Perayaan 2024 yayasan itu dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Pengurus Besar PETRONAS Sarawak, Zulaihi Mantali berkata, sejak 2019, seramai 6,450 penerima daripada komuniti Cina di Sarawak mendapat manfaat daripada program tersebut.

“Kami berharap sumbangan ini dapat membawa kegembiraan kepada keluarga kurang bernasib baik dalam menyambut Tahun Baharu Cina tahun ini.

“Pada tahun ini, sebanyak 2,100 keluarga dari pelbagai wilayah di seluruh Malaysia menerima manfaat daripada program Memacu Kehidupan sempena perayaan Tahun Baharu Cina,” ujarnya.

Menurut beliau, program Memacu Kehidupan itu merupakan sebahagian daripada strategi kesejahteraan dan pembangunan komuniti Yayasan PETRONAS.

Baca lain  Sokong aktiviti belia, hargai kemudahan yang ada

Tambahnya, inisiatif ini juga sejajar dengan agenda kelestarian PETRONAS dan selaro dengan matlamat pembangunan mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Jambatan Sebauh dijangka siap lebih awal

SEBAUH : Kemajuan kerja-kerja pembinaan Jambatan Sebauh menyeberangi Sungai Kemena dekat sini berada pada tahap 12.67 peratus dan lebih awal. Menurut Timbalan Premier Datuk Amar

Bangunan Persatuan Autistik Kuching diperbesar

KUCHING: Kerajaan Sarawak menyediakan geran sebanyak RM4,179,000 untuk membina blok pendidikan tiga tingkat kedua Persatuan Autistik Kuching (KAA) yang baharu. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan

BERITA TERBARU

Thailand perlu pertimbang pindahkan ibu negara

BANGKOK: Thailand mungkin perlu mempertimbangkan untuk memindahkan ibu negaranya, Bangkok kerana paras air laut yang semakin meningkat, kata seorang pegawai kanan di pejabat perubahan iklim

Eksport produk kayu menurun

KUCHING: Prestasi nilai eksport produk perkayuan Sarawak merekodkan penurunan sebanyak sembilan peratus dengan sebanyak RM682 juta berbanding RM752 juta untuk tempoh sama tahun lalu. Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali