KUCHING: Permohonan inisiatif bantuan pendidikan bagi pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di bawah Kerajaan Sarawak untuk fasa pertama tahun ini secara rasminya dibuka bermula hari ini.
Menerusi hebahan yang dikeluarkan oleh Yayasan Sarawak, inisiatif berkenaan merangkumi Bantuan Komputer Riba Percuma, Bantuan Baucar Buku dan Bantuan Kewangan Khas.
Tempoh permohonan ditetapkan bermula 31 Mac sehingga 30 April depan. Calon yang berminat boleh mengemukakan permohonan melalui portal my-Yayasan di pautan https://myys.yayasansarawak.org.my/
Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai syarat serta kriteria kelayakan, orang ramai disarankan untuk melayari portal rasmi Yayasan Sarawak di pautan https://yayasansarawak.org.my/my/hebahan-permohonan-inisiatif-bantuan-pendidikan-pelajar-ipt-kerajaan-sarawak-fasa-1-2026/



