ARTIKEL

YB AJ turun padang, hantar bantuan makanan golongan asnaf Matu dan Igan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MATU: Keperihan rakyat luar bandar terutamanya golongan asnaf pada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini mendapat perhatian Ahli Parlimen Igan Ahmad Johnie Haji Zawawi.

Tengah hari tadi diadakan program penghantaran bantuan bekalan makanan kepada golongan asnaf di seluruh perkampungan di kawasan Matu dan Kampung Igan.

Senarai penerima bekalan makanan telah dikenal pasti oleh Jawatankuasa Bencana Pejabat Daerah Matu.

Seramai 620 golongan asnaf menerima bantuan itu.

Lebih dikenali sebagai YB AJ, Ahmad Johnie menjelaskan, penyerahan barangan akan dilaksanakan oleh Kakitangan Pusat Khidmat P.207 Igan dan dibantu oleh kakitangan Pejabat Daerah Matu.

Katanya, sumbangan tersebut akan diserahkan melalui penghulu dan ketua kaum untuk diagihkan kepada penduduk kawasan masing-masing, secara berperingkat-peringkat.

BERITA LAIN

Beg sekolah untuk 5,917 pelajar di 46 sekolah Sarikei

SARIKEI: Seramai 5,917 pelajar daripada 46 sekolah di kawasan Sarikei menerima sumbangan beg sekolah menerusi inisiatif bantuan pendidikan bagi memastikan mereka mempunyai kelengkapan yang mencukupi

Fokus keperluan pendidikan luar bandar, kebajikan guru

JULAU: Sebanyak RM50,000 disalurkan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Julau No.2 bagi membolehkan pihak sekolah mendapatkan televisyen pintar (Smart TV) bagi meningkatkan keberkesanan proses pengajaran

BERITA TERBARU

Beg sekolah untuk 5,917 pelajar di 46 sekolah Sarikei

SARIKEI: Seramai 5,917 pelajar daripada 46 sekolah di kawasan Sarikei menerima sumbangan beg sekolah menerusi inisiatif bantuan pendidikan bagi memastikan mereka mempunyai kelengkapan yang mencukupi