ARTIKEL

Tun Wan Junaidi menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-266, semalam.

YDP Sarawak hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266 di Istana Negara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) yang ke-266 di Istana Negara pada Rabu.

Hadir mengiringi Tun Wan Junaidi ialah Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Awang Tengah turut mengiringi Tun Wan Junaidi dalam mesyuarat tersebut. (Foto: UKAS)

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir.

Dalam pada itu, baginda berkenan menyampaikan titah ucapan alu-aluan.

Kemudian, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad turut mempersembahkan Taklimat Agenda Mesyuarat Raja Raja.

Mesyuarat itu bersurai kira-kira 12.30 tengah hari.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU