ARTIKEL

Yesaya Abrahman pegang watak CEO

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

NAMA pelakon muda Indonesia, Yesaya Abraham, 25, kembali menjadi buah mulut peminat drama tempatan selepas lakonannya sebagai Trian, CEO kacak dalam drama Beri Cinta Waktu, mencuri perhatian.

Keserasian antara Trian (Yesaya) dengan Adila, lakonan Adhisty Zara, menghadirkan momen “Tom and Jerry” yang membuat penonton setia terbawa perasaan.

Dalam temu bual eksklusif bersama program Hotshot, Yesaya mengakui bahawa dunia hiburan bukanlah cita-citanya sejak awal dan berkata bahawa beliau tidak gemar bergambar ketika pertama kali mencuba dunia peragaan.

“Jujur, saya tak suka bergambar pada awalnya.

Jadi masa mula-mula cuba memang kekok, tapi bila lihat hasilnya, ternyata cantik juga,” ujarnya.

Dalam proses membawakan watak Trian, Yesaya menghadapi cabaran tersendiri. Yesaya pernah terkejut apabila diminta mengubah karakter wataknya secara mendadak semasa penggambaran sedang berjalan.

Bagaimanapun, kejayaan membuat penonton hanyut dalam kisah Trian dan Adila memberikan kepuasan tersendiri baginya.

Menurut Yesaya, komenkomen peminat yang mengaku “baper” (terbawabawa perasaan) menunjukkan bahawa watak yang dibinanya benar-benar melekat di hati penonton. 

BERITA LAIN

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

JEP SEPAHTU bayar zakat RM1.93 juta

JEP SEPAHTU sekali lagi mencuri perhatian apabila berkongsi 16 resit pembayaran zakat bagi tempoh 2016 hingga 2025 yang menunjukkan jumlah keseluruhan kira-kira RM1.93 juta. Perkongsian

BERITA TERBARU