»Agensi YG Entertainment mengumumkan keputusan untuk penyelarasan semula kontrak Blackpink (Jennie, Rose, Lisa dan Jisoo).
“Sehingga tarikh pendedahan ini, rundingan untuk kontrak eksklusif baharu dengan artis masih berlangsung.
“Keputusan akhir diumumkan melalui pendedahan seterusnya tentang hal penting pengurusan berkaitan keputusan pelaburan,” kata agensi tersebut.
Ia menandakan kenyataan rasmi YG soal rundingan semula kontrak dengan Blackpink selepas tempoh kira-kira dua bulan.
Blackpink muncul pada Ogos 2016, terlibat dalam rundingan semula kontrak dengan YG sejak Ogos tahun ini – sebelum tamat tempoh kontrak eksklusif tujuh tahun mereka.



