ARTIKEL

Yugyeom GOT7 mula khidmat wajib ketenteraan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

YUGYEOM, ahli kumpulan popular GOT7, bakal memulakan khidmat wajib tentera tidak lama lagi apabila tarikh rasmi pendaftarannya dalam angkatan tentera disahkan oleh agensinya, AOMG.

Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan pada 23 Ogos lalu menerusi media sosial, AOMG mengucapkan terima kasih kepada peminat yang terus menyokong kerjaya Yugyeom.

Pihak agensi menjelaskan bahawa artis itu telah menerima pengesahan sebagai rekrut tentera khusus daripada Pentadbiran Tenaga Manusia Tentera Korea.

Yugyeom dijadualkan memasuki pusat latihan asas pada 29 September ini sebelum meneruskan khidmatnya bersama unit pancaragam tentera.

Namun, AOMG menegaskan butiran lanjut termasuk lokasi dan masa pendaftaran tidak akan didedahkan demi keselamatan.

“Upacara kemasukan akan turut dihadiri ramai anggota dan keluarga mereka.

Jadi, bagi mengelakkan kesesakan, tiada acara khas akan diadakan dan kami mohon peminat tidak hadir ke lokasi tersebut,” jelas agensi itu.

Tambahnya, mereka akan terus berdiri di sisi Yugyeom sepanjang tempoh perkhidmatan, sambil meminta peminat agar terus memberikan sokongan dan kasih sayang kepada penyanyi itu.

Sejak debut bersama GOT7, Yugyeom aktif sebagai ahli kumpulan dan artis solo.

Menjelang tarikh penting ini, beliau turut menitipkan sepucuk surat tulisan tangan buat peminat yang digelar Ahgase.

“To. Ahgase,” tulisnya penuh perasaan, “Sudah 12 tahun kalian bersama saya.

Saya mahu beritahu bahawa saya akan menyertai tentera dalam keadaan baik, dengan penuh tekad, dan berkhidmat sebaik mungkin untuk negara.

Saya berjanji akan kembali dengan selamat tanpa sebarang kecederaan, jadi tolong jaga diri kalian, makan dengan baik dan sentiasa sihat.”

BERITA LAIN

Khir Rahman kembali ke pentas teater Istana Budaya

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengarah tersohor, Khir Rahman kembali beraksi di pentas teater selepas hampir sedekad menerusi pementasan Teater Muzikal Kanak-Kanak Pengembaraan Sang Kancil di

Shuib Sepahtu tampil mohon maaf

PELAWAK Shuib Sepahtu mengambil tanggungjawab atas ketegangan yang berlaku antara dirinya dengan rakan seperjuangannya, Jep Sepahtu, apabila tampil memohon maaf secara terbuka selepas hampir seminggu

BERITA TERBARU

Khir Rahman kembali ke pentas teater Istana Budaya

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengarah tersohor, Khir Rahman kembali beraksi di pentas teater selepas hampir sedekad menerusi pementasan Teater Muzikal Kanak-Kanak Pengembaraan Sang Kancil di