ARTIKEL

Yuni Shana Enggan Lakukan Pembedahan Plastik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SELEBRITI Indonesia, Yuni Shara menolak untuk memberi komen apabila ditanya akan fenomena artis yang menjalani pembedahan plastik di luar negara.

Ramai artis yang melakukan pembedahan plastik apabila usia semakin meningkat.

Namun, perkara itu belum ingin dilakukan oleh penyanyi terkenal, Yuni Shara.

Baginya, keputusan untuk melakukan pembedahan plastik ialah pilihan peribadi masingmasing. “Kalau saya, rasa belum perlu

. Saya takut (pembedahan plastik) sebab pada usia macam ini, kalau tersilap, memang susah,” ujar Yuni.

Kakak kepada Krisdayanti ini mengaku takut dengan jarum suntikan, sehingga tidak pernah terlintas di fikirannya untuk melakukan pembedahan plastik.

Pada usia 52 tahun, Yuni Shara mula merasakan tanda-tanda penuaan, bukan sahaja pada wajahnya, malah kulit tangannya juga.

Dia merasakan kulit di bahagian belakang tangannya mula berkedut.

BERITA LAIN

JEP SEPAHTU bayar zakat RM1.93 juta

JEP SEPAHTU sekali lagi mencuri perhatian apabila berkongsi 16 resit pembayaran zakat bagi tempoh 2016 hingga 2025 yang menunjukkan jumlah keseluruhan kira-kira RM1.93 juta. Perkongsian

BERITA TERBARU

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi