ARTIKEL

SERAH… Mohammad Zainal menyaksikan majlis serah terima tugas jawatan timbalan antara Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak daripada Saifullizan kepada Zailanni Amit.

Zailanni Amit Galas Amanah Baharu Sebagai Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak


Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pengalaman luas menerajui Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu dan Sibu menjadi antara kelebihan DCP Zailanni Amit yang kini menggalas amanah sebagai Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak bagi memperkukuh kepimpinan kontinjen berkenaan.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, CP Saifullizan Ishak berkata, pelantikan itu merupakan pengiktirafan ke atas kecekapan, pengalaman serta rekod perkhidmatan Zailanni yang pernah menyandang pelbagai jawatan penting di peringkat daerah, kontinjen dan Bukit Aman.

Menurutnya, pengalaman luas Zailanni diyakini dapat membantu beliau menyesuaikan diri dengan tanggungjawab baharu, sekali gus memperkukuh keberkesanan pengurusan dan operasi pasukan.

“Pelantikan DCP Zailanni Amit ke jawatan ini adalah satu pengiktirafan terhadap pengalaman, kompetensi serta rekod perkhidmatan beliau sepanjang berada dalam pasukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak yang disaksikan oleh Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Mohamad Zainal Abdullah di Mes Pegawai Kanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, di sini, hari ini.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU