ARTIKEL

INI DIA...Jadual perlawanan.

Bola Sepak Veteran: 16 Pasukan Buru Gelaran Juara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ASAJAYA: Sebanyak 16 pasukan berentap untuk memburu gelaran juara Kejohanan Bola Sepak Veteran PBB N.15 dan Jemputan Asajaya edisi ketiga 2026 yang akan bermula Ahad ini (29 November).

Himpunan pasukan terbabit mewakili pelbagai kelab dari Kuching, Samarahan, Asajaya dan kawasan sekitarnya.

Pengerusi kejohanan, Zaimie Putit memberitahu, pasukan terbabit ialah Rezama, RAAF, Brother Mix, SBM, Teguh, Moyan Legasi, Vetasa, Kamola, Khatifia, Nitrad, AJV, GBO, JCFC, Kaslap, Navy Vet dan Wonder One.

Menurut Zaimie, enam perlawanan berlangsung pada Ahad ini. Dua lagi perlawanan lain akan berlangsung pada 5 Disember depan.

“Kita menjangkakan aksi cukup sengit berlangsung hujung minggu ini kerana pasukan yang akan berentap diperkuat pemain berpengalaman,” ujar Zaimie kepada Arena Suara Sarawak.

Sambil menyatakan, aksi final akan berlangsung pada 6 Disember nanti.

Kejohanan ini dianjurkan oleh Ranting PBB Moyan Ulu, Wanita, Pemuda dan Belia Moyan Ulu dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Moyan Ulu Lot, Asajaya.

Hadiah cukup lumayan menanti kelompok tiga pasukan terbaik untuk penganjuran edisi kali ini.

Sang juara akan menerima wang tunai RM2,500 beserta piala dan pingat. Naib juara pula akan menerima wang tunai RM1,500, piala dan pingat.

“Dua pasukan yang tewas di peringkat separuh akhir masing-masing akan menerima wang tunai RM700, piala dan pingat selaku pemenang tempat ketiga bersama,” tambah Zaimie.

Sambil itu, beliau menyatakan pelbagai hadiah menarik menanti orang ramai untuk cabutan bertuah.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU