ARTIKEL

Nyaris jadi mangsa rogol

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Tindakan nekad seorang wanita menendang anu seorang lelaki menyelamatkannya daripada menjadi mangsa rogol, di sebuah kelab malam di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit berkata, dalam kejadian kira-kira jam 11.50 malam itu mangsa berusia 31 tahun dilaporkan sedang mencuci tandas dalam premis berkenaan.

Katanya, suspek secara tiba-tiba masuk ke dalam tandas itu lalu menarik tangan sebelum bertindak meraba dan cuba membuka seluar mangsa.

“Mangsa yang merupakan pekerja premis itu bergelut dengan suspek dan akhirnya berjaya melepaskan diri selepas menendang alat sulit lelaki itu sambil menjerit meminta pertolongan,”katanya.

Beliau berkata, jeritan wanita itu didengar oleh anak majikannya yang kemudiannya bergegas ke arah tandas itu untuk membantu mangsa.

Ujarnya, lelaki itu berjaya ditahan dan kemudiannya diserah kepada pihak Polis.

“Dia juga akan dirujuk ke bahagian Narkotik untuk pemeriksaan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau kedua-duanya sekali.

BERITA LAIN

15 syarikat berminat labur di taman perabot Kuching

KUCHING: Walaupun masih pada peringkat perancangan, projek pembangunan taman perabot di Kuching menarik minat 15 syarikat untuk melabur, sekali gus memperlihatkan potensi pertumbuhan sektor pembuatan

BERITA TERBARU

Polis Sarawak sedia hadapi banjir dan PRU Sarawak ke-13

BINTULU: Polis Sarawak sentiasa bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan, termasuk bencana banjir, serta memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terus terpelihara menjelang Pilihan Raya Umum (PRU)