ARTIKEL

MPM bakal bertemu kerajaan Sarawak untuk penentuan tarikh Mini Sukan Para ASEAN

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PETALING JAYA:  Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) akan mengadakan pertemuan dengan kerajaan Sarawak dalam masa terdekat bagi membincangkan dengan lebih lanjut mengenai penganjuran kejohanan ‘Mini Sukan Para ASEAN’ yang dijadual berlangsung pada Mac tahun depan.

Presiden MPM, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berkata kertas kerja mengenai kejohanan berpasukan para itu telah diserahkan kepada pihak Kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak.

“Kami sekarang tengah tunggu maklum balas daripada kerajaan Sarawak dan saya akan berjumpa menterinya, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dalam bulan ini juga. Beliau positif dengan perancangan ini.

“MPM akan umum tarikh, acara serta nama sebenar kejohanan sebaik sahaja mendapat kata putus daripada pihak kerajaan Sarawak,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra MPM bersama Persatuan Boccia Selangor di sini, semalam.

Turut hadir pada majlis itu Ahli Dewan Negara yang juga Pengerusi dan Pengasas Persatuan Bersama OKU Sentral, Senator Ras Adiba Mohd Radzi.

Penganjuran kejohanan yang boleh dianggap sebagai ‘Mini Sukan Para ASEAN’ itu adalah bagi menggantikan Sukan Para ASEAN 2020 di Filipina pada Oktober, yang terpaksa dibatalkan susulan pandemik COVID-19.

Mengulas lanjut, Megat Shahriman berkata MPM akan menjemput negara ASEAN lain untuk menyertai kejohanan melibatkan tujuh acara berpasukan yang diadakan di Kuching, Sarawak.

Dalam pada itu, beliau berharap Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dapat meningkatkan jumlah pemberian dana kepada MPM susulan peningkatan jumlah atlet para pada masa ini. — BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Anyi cadang pewarisan senapang patah diperluas

KUCHING: Kelonggaran pewarisan senapang patah kepada adik-beradik kandung dicadangkan bagi menangani isu harta pusaka masyarakat Dayak, khususnya apabila pemilik meninggal dunia tanpa meninggalkan anak atau

Penduduk belanja RM3,500 sebulan bantu pelajar

KUCHING: Penduduk setempat membelanjakan kira-kira RM3,500 sebulan sejak tiga tahun lalu bagi menampung keperluan lebih 20 pelajar luar kawasan yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK)