ARTIKEL

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sesi Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan sempena Mesyuarat Ketiga, Penggal Kelima, Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen hari ini. | Bernama

10,000 tahanan Myanmar dihantar pulang sejak Januari 2026 – Anwar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Seramai 10,000 tahanan warga Myanmar dihantar pulang ke negara asal mereka sejak Januari tahun ini menerusi laluan udara dan laut, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata penghantaran pulang tahanan berkenaan dilaksanakan hasil rundingan dan ikhtiar secara langsung antara Kerajaan Malaysia dan pihak berkuasa Myanmar.

“Daripada jumlah itu, sebahagiannya dibawa pulang menggunakan pesawat atas inisiatif Kerajaan Myanmar sendiri, manakala baki kira-kira 1,400 orang lagi dihantar pulang menerusi kapal tentera laut negara berkenaan baru-baru ini,” katanya.

Anwar berkata demikian pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini bagi menjawab soalan Suhaizan Kaiat (PH-Pulai) mengenai langkah kerajaan seterusnya dalam menangani isu keberadaan warga Myanmar termasuk pelarian dan pemohon suaka khususnya etnik Rohingya di negara ini.

Beliau menegaskan Malaysia merupakan negara pertama yang berjaya menghantar pulang tahanan warga Myanmar ke negara asal mereka menerusi pendekatan rundingan serta diplomatik secara berkesan.

Berita lanjut menyusul. — Bernama

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Tebedu berpotensi jadi pusat ekonomi sempadan

KUCHING: Tebedu berpotensi berkembang sebagai pusat ekonomi sempadan yang menghubungkan Sarawak dengan Kalimantan Barat, Indonesia, menerusi perdagangan rentas sempadan, logistik dan pemasaran hasil pertanian. Ahli