ARTIKEL

DR SIM (dua kiri) bersama Dominic (dua kanan) meneliti harga barangan semasa Program Walkabout Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Deepavali 2026.

11 barangan harga terkawal sempena Deepavali

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sebanyak 11 jenis barangan keperluan ditetapkan sebagai barangan harga terkawal menerusi pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali 2026 di Sarawak selama tujuh hari.

Skim itu berkuat kuasa selama empat hari sebelum perayaan, satu hari semasa perayaan dan dua hari selepas perayaan.

Pengerah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak, Matthew Dominic Barin berkata, inisiatif tersebut adalah bagi memastikan pengguna mendapat bekalan pada harga berpatutan.

Menurutnya, barangan terbabit adalah bawang merah besar, bawang merah kecil India, bawang merah kecil India (Ros), cili merah, daging kambing biri-biri bertulang import, kacang dal Australia, kelapa biji, kelapa parut, santan, tomato dan ubi kentang China.

“Daripada jumlah itu, tiga barangan mencatatkan penurunan harga iaitu kelapa parut, bawang merah kecil India dan kacang dal Australia, manakala lima lagi mengekalkan harga sedia ada.

“Lima barangan yang mengekalkan harga ialah tomato, cili merah, kelapa biji, bawang merah kecil India (Ros) dan bawang merah besar.

“Daging kambing biri-biri import pula menjadi satu-satunya barangan yang mencatatkan peningkatan harga di peringkat borong dan runcit di seluruh Semenanjung, Sabah, Sarawak serta Wilayah Persekutuan Labuan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan selepas Program Walkabout sempena Pelaksanaan SHMMP Deepavali 2026 di Pasaraya Nutribest Fresh Mart Tabuan Jaya, di sini, semalam.

Mengulas lanjut, katanya, penentuan senarai barangan, harga maksimum dan tempoh pelaksanaan skim mengambil kira permintaan dan penawaran, kos semasa, cuaca serta kadar upah.

Tegasnya, KPDN turut mendapatkan pandangan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), agensi kerajaan serta pemain industri bagi memastikan pelaksanaan skim bersesuaian dengan keadaan semasa.

Sehubungan itu, kerjasama dengan KPKM juga diteruskan bagi memastikan bekalan barangan terkawal mencukupi sepanjang tempoh pelaksanaan.

“Pelaksanaan skim itu dikuatkuasakan mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011, manakala harga maksimum di peringkat borong dan runcit boleh disemak menerusi laman sesawang rasmi KPDN.

“Peniaga turut digalakkan menjual barangan pada harga lebih rendah daripada harga maksimum sekiranya memperoleh bekalan pada kos yang lebih rendah.

“Bagi memantau pematuhan, pegawai penguat kuasa KPDN Sarawak akan ditempatkan di lokasi strategik termasuk pasar awam, pasar tani dan pusat membeli-belah, selain melaksanakan pendekatan penguatkuasaan melalui pendidikan, nasihat dan amaran kepada peniaga,” jelasnya.

Sehubungan itu, peniaga yang menjual barangan terkawal melebihi harga maksimum boleh dikenakan denda sehingga RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, manakala syarikat boleh didenda sehingga RM500,000.

Tegasnya, kegagalan meletakkan tanda harga berwarna merah jambu bagi barangan terkawal pula boleh menyebabkan individu didenda sehingga RM10,000, manakala syarikat sehingga RM20,000.

Hadir sama, Timbalan Premier Datuk Dr Sim Kui Hian.

BERITA LAIN

2,248 usahawan mikro tingkat skala perniagaan

KUALA LUMPUR: Sebanyak 2,248 usahawan mikro di bawah Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) direkodkan berjaya meningkatkan skala perniagaan kepada kategori perusahaan kecil atau sederhana pada tahun

Pelaburan tenaga perlu pulangan saksama

KUALA LUMPUR: Projek intensif tenaga perlu dinilai bukan hanya berdasarkan nilai pelaburan, malah dari segi kesiapsiagaan infrastruktur, kecekapan tenaga, penyertaan pembekal tempatan, pembangunan kemahiran dan

BERITA TERBARU

Ancaman bom jejas 18 penerbangan komersial Eropah

ISTANBUL: Sekurang-kurangnya 18 penerbangan komersial di seluruh Eropah dilaporkan menerima ancaman bom pada Khamis, menyebabkan beberapa pesawat terpaksa melakukan pendaratan cemas, mengubah laluan serta menjalani

Australia bantu Indonesia padam kebakaran hutan

JAKARTA: Kerajaan Australia telah mengerahkan sebuah pesawat pengangkut tentera bagi membantu Indonesia memadamkan kebakaran hutan di Borneo yang menyebabkan jerebu beracun di seluruh rantau ini,