ARTIKEL

PINDAH… Anggota bomba membantu proses pemindahan pelajar dan guru SK Segong ke tempat selamat, hari ini.

120 pelajar SK Segong dipindahkan susulan banjir

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BAU: Seramai 120 pelajar bersama 14 guru Sekolah Kebangsaan (SK) Segong terpaksa dipindahkan ke kawasan selamat selepas kawasan sekolah dinaiki air, hari ini.

Komander Operasi, PBK II Peter Jindau berkata operasi pemindahan itu dijalankan oleh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 11 pagi mengenai keadaan air yang menjejaskan pergerakan pelajar pulang dari sekolah.

“Pasukan tiba di lokasi kira-kira jam 11.25 pagi sebelum menjalankan pemantauan keadaan dan menyusun gerakan bagi memastikan semua pelajar dapat dipindahkan dengan selamat,” katanya.

Menurutnya, anggota bomba kemudian membantu membawa pelajar keluar dari kawasan yang terjejas banjir dan mengiringi mereka menuju ke lokasi yang lebih selamat bagi memudahkan perjalanan pulang.

Operasi tersebut, tambah beliau, berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini dengan kerjasama baik daripada pihak sekolah serta guru yang turut membantu mengawal pergerakan pelajar.

“Keadaan di lokasi dilaporkan kembali terkawal sekitar jam 12.10 tengah hari selepas semua pelajar dan guru berjaya dipindahkan dari kawasan terjejas.

“Pasukan bomba menamatkan operasi kira-kira jam 12.25 tengah hari sebelum bergerak ke lokasi lain bagi menjalankan pemantauan susulan berikutan keadaan banjir yang masih berpotensi menjejaskan beberapa kawasan sekitar,” katanya.

PINDAH… Anggota bomba membantu proses pemindahan pelajar dan guru SK Segong ke tempat selamat, hari ini.

BERITA LAIN

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

BERITA TERBARU

Getah sekerap Sarawak RM3.90 sekilogram

KUALA LUMPUR: Lembaga Getah Malaysia (LGM) memaklumkan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) bagi getah sekerap (cuplump) dan lateks tidak diaktifkan di seluruh negara pada Oktober ini.