ARTIKEL

120 Sukarelawan Kutip 3 Tan Sampah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBURAN: Seramai 120 sukarelawan daripada Kumpulan Sukarelawan Pelajar Universiti Gereja Tuhan (ASEZ) menjayakan Program Pembersihan di Taman Duranda Emas, Siburan pada Ahad lalu.

Sepanjang aktiviti yang meliputi kawasan sejauh tiga kilometer dari zon komersial ke kawasan perumahan berdekatan, lebih tiga tan sampah berjaya dikutip termasuk 20 kilogram plastik.

Antara sisa yang dikutip ialah cawan plastik, penyedut minuman, puntung rokok dan pembungkus makanan.

Program itu turut dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan merangkap Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan Sarawak, Datuk Dr Jerip Susil, yang menyifatkan inisiatif berkenaan amat bermakna.

“Saya berterima kasih kepada ASEZ kerana mengambil inisiatif menganjurkan aktiviti pembersihan seperti hari ini.

“Ia bukan sahaja membantu komuniti setempat, malah meningkatkan kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar,” katanya dalam satu kenyataan.

Pejabat Majlis Daerah Siburan turut menyokong program itu dengan menyediakan kesemua peralatan pembersihan yang diperlukan.

Aktiviti yang melibatkan ahli ASEZ, komuniti tempatan serta keluarga mereka itu bertujuan meningkatkan kesedaran alam sekitar dan mendorong penglibatan orang ramai dalam usaha perlindungan alam sekitar.

ASEZ merupakan sebuah organisasi sukarelawan antarabangsa di bawah Gereja Tuhan yang aktif menjalankan program pembersihan di bandar, jalan raya, taman serta pantai di Sarawak.

Aktiviti mereka turut dilaksanakan di negeri lain termasuk Kuala Lumpur, Sabah, Selangor, Pulau Pinang dan Johor Bahru.

Selain itu, ASEZ pernah menanam 150 pokok di Pantai Sejaie pada Februari tahun lalu sebagai usaha pengurangan karbon.

Organisasi itu diiktiraf di peringkat antarabangsa dan menerima pelbagai anugerah daripada kerajaan serta institusi atas sumbangan dalam bantuan bencana, pendidikan, perkhidmatan masyarakat dan perlindungan alam sekitar.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Pilih makanan halal, berkhasiat

SOALAN: Adakah Islam mengajar umatnya supaya sentiasa memilih makanan berkhasiat? JAWAPAN: Ya, Islam mengajar umatnya supaya memilih makanan yang halal, baik dan berkhasiat demi menjaga

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan