ARTIKEL

12,000 perumahan awam dan PPR dibina di Wilayah Persekutuan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Sebanyak 12,000 rumah baharu Perumahan Awam (PA) dan Program Perumahan Rakyat (PPR) berkeluasan 800 kaki persegi akan dibina di bawah program ‘Urban Renewal’ bagi tujuan menggantikan rumah yang usang kepada saiz lebih besar.

Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa berkata ini kerana penambahbaikan rumah PA dan PPR yang telah uzur tidak mencukupi, ditambah pula saiz asal rumah yang amat kecil iaitu sekitar 400 kaki persegi.

“Kita juga merancang dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12), kira-kira 20,000 unit rumah kos rendah baharu akan dibina,” katanya menjawab soalan Nik Nazmi Nik Ahmad (PH-Setiawangsa) mengenai rancangan penaiktarafan PA dan PPR di Kuala Lumpur pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Sementara itu Annuar berkata lima inisiatif akan dilaksanakan sebagai usaha mengatasi tekanan disebabkan kemiskinan bandar.

Ia termasuk program My Grocer untuk membeli keperluan harian dengan harga rendah; My Bus (untuk keperluan hantar anak ke sekolah); My Food (bantuan berdasarkan bank makanan secara tersusun); My Medic (perkhidmatan kesihatan ke PPR di 178 tempat dikenal pasti); dan My Job (program menambah pendapatan sampingan).

“Kesemua program ini akan dilancarkan secara berperingkat dan tertumpu kepada 178 kawasan PA dan PPR bagi meningkatkan keselesaan penduduk,” katanya.

Mengenai soalan tambahan Nik Nazmi yang ingin tahu status pembinaan perumahan awam di Setapak Jaya 1A yang lama tertangguh, Annuar berkata dianggarkan 588 unit rumah baharu akan dibina dan dijangka siap pada 2024.

 

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Pengurus klinik ‘jadi bilionair’ selama sejam

KUCHING: Seorang pengurus klinik, Wan Mohd Fairuz Wan Zainal Abidin, 33, terkejut apabila baki akaun banknya tiba-tiba memaparkan lebih RM1 bilion, sekali gus memberinya pengalaman

Pengurusan kewangan Sarawak dipuji

KUCHING: Penubuhan Dana Kekayaan Berdaulat Masa Hadapan mencerminkan pengurusan kewangan berhemat Sarawak dalam menjamin kestabilan fiskal negeri serta kepentingan generasi akan datang. Ahli Dewan Undangan