ARTIKEL

Children play in one of the fallen domes of the Al-Faruq mosque, levelled by Israeli bombardment in Rafah in the southern Gaza Strip on February 25, 2024, amid continuing battles between Israel and the Palestinian militant group Hamas. (Photo by MOHAMMED ABED / AFP)

12,660 kanak-kanak terkorban

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ANKARA: Jumlah wanita dan kanakkanak yang maut di Gaza sejak 7 Oktober 2023 melebihi enam kali ganda berbanding mangsa yang terkorban dalam perang RusiaUkraine.

Agensi Anadolu telah merekodkan angka korban membabitkan orang awam dalam Perang Rusia-Ukraine sejak 24 februari 2022 serta jumlah wanita dan kanak-kanak yang terkorban dalam perang Israel di Gaza.

Israel tanpa henti mengebom Palestin yang didiami hampir 2.3 juta penduduk.

Serangan itu telah mengorbankan 29,410 rakyat Palestin, termasuk sekurang-kurangnya 12,660 kanakkanak dan 8,570 wanita

. Selain itu, 69,465 yang lain cedera dengan lebih 70 peratus merupakan wanita dan kanakkanak.

Menurut sumber Palestin, Israel telah menggunakan lebih 66,000 tan bahan letupan dalam serangan itu, dengan purata 183 tan bahan letupan bagi setiap kilometer persegi di Gaza.

Gaza musnah secara keseluruhan manakala 1.9 juta penduduknya hilang tempat tinggal.

Memetik Misi Pemantau Hak Asasi Manusia Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu (HRMMU) di Ukraine, seramai 10,378 orang awam termasuk 579 kanak-kanak dan 2,992 wanita terbunuh manakala 19,632 yang lain cedera sejak krisis Rusia-Ukraine tercetus awal 2022.

Sejumlah 8,095 kematian berlaku di wilayah Ukraine manakala 2,283 korban direkodkan di wilayah yang dikuasai Rusia.-Bernama-Anadolu

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

15 penerima peruntukan khas Perdana Menteri di Mukah

MUKAH: Majlis Sambutan Warga Emas Mukah bukan sahaja menjadi wadah menghargai golongan berusia, malah turut menyaksikan penyerahan pelbagai peruntukan dan sumbangan bagi menyokong keperluan masyarakat