ARTIKEL

13 maut, 18 cedera dalam tanah runtuh di Padang Lawas dan Tapanuli Selatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JAKARTA: Tanah runtuh dan banjir kilat yang melanda dua daerah di provinsi Sumatera Utara, Indonesia pada malam Sabtu meragut 13 nyawa dengan 18 yang lain cedera, kata seorang pegawai dari agensi pengurusan dan mitigasi bencana wilayah itu pada Ahad.

Menurut Sri Wahyuni Pancasilawati, ketua unit kecemasan, peralatan dan logistik agensi itu, tanah runtuh dan banjir kilat melanda pada malam Sabtu di daerah Deli Serdang dan Karo pada malam Sabtu. Di Deli Serdang, enam orang terbunuh dan sembilan lagi cedera selepas arus deras menghanyutkan empat rumah dan sebuah bangunan keagamaan.

Di daerah Karo, bencana serupa menyebabkan tujuh orang maut dan sembilan cedera. Mereka yang cedera dibawa ke hospital dan klinik kesihatan berhampiran untuk rawatan, katanya kepada Xinhua.

Pada awal pagi Sabtu, tanah runtuh dan banjir kilat turut melanda daerah Padang Lawas dan Tapanuli Selatan di provinsi itu, menyebabkan enam maut dan tujuh cedera.

Agensi Meteorologi dan Geofizik Indonesia mengeluarkan amaran cuaca ekstrem, meramalkan intensiti hujan melebihi normal di kawasan itu.

Usaha sedang dijalankan untuk membantu komuniti yang terjejas dan mengurangkan risiko lanjut sementara pihak berkuasa terus memantau keadaan dengan teliti. — BERNAMA

BERITA LAIN

16 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau

TAWAU: Kira-kira 16 rumah kayu musnah dalam kebakaran di Lorong Fook Hwa, Batu 2, Jalan Apas, malam semalam. Ketua Zon Tawau Jabatan Bomba dan Penyelamat

BERITA TERBARU

Jambatan Batang Saribas 2 dibuka 5 Disember

PUSA: Penduduk daerah ini bakal menikmati kemudahan perhubungan lebih baik apabila Jambatan Batang Saribas 2 dijadualkan mula digunakan pada 5 Disember depan. Premier Sarawak, Datuk

‘Jangan sesekali menganggap tugas kita kecil’ – Iskandar

BINTULU: Komitmen dan dedikasi kakitangan sokongan antara pemangkin kecemerlangan institut pengajian tinggi (IPT) khususnya dalam memastikan kelancaran operasi, keberkesanan pentadbiran dan kualiti penyampaian perkhidmatan. Ahli