ARTIKEL

Gambar yang ditunjukkan adalah sekadar ilustrasi sahaja.

13 Maut, 23 Cedera Dalam Kemalangan Jalan Raya Di Timur Sudan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KHARTOUM: Sekurang-kurangnya 13 orang maut dan 23 lagi cedera dalam kemalangan jalan raya di timur Sudan pada Khamis, menurut kenyataan Polis Sudan yang dipetik Xinhua.

Kemalangan berlaku apabila sebuah bas penumpang yang dalam perjalanan dari Port Sudan ke Kassala bertembung dengan sebuah lori kargo.

Punca nahas dipercayai berpunca akibat kecuaian pemandu, kegagalan mematuhi had laju dan memotong di kawasan tidak selamat menurut kenyataan itu.

Keadaan diburukkan lagi oleh konflik bersenjata antara Angkatan Tentera Sudan (SAF) dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) yang menjejaskan rangkaian jalan utama yang menghubungkan pelbagai negeri.

Selain itu, hujan lebat tahun lalu turut merosakkan banyak laluan utama, memaksa pemandu menggunakan jalan alternatif.

— BERNAMA-XINHUA

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

Bina impian anak Sarawak

SETIAP kali Belanjawan Sarawak dibentangkan, perhatian masyarakat lazımnya tertumpu pada angka peruntukan, projek pembangunan dan pelan ekonomi negeri. Namun, ukuran sebenar kejayaan sesebuah belanjawan bukan

Pilih makanan halal, berkhasiat

SOALAN: Adakah Islam mengajar umatnya supaya sentiasa memilih makanan berkhasiat? JAWAPAN: Ya, Islam mengajar umatnya supaya memilih makanan yang halal, baik dan berkhasiat demi menjaga