Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak menerima laporan kebakaran rumah di Kampung Tijirak, Siburan sekitar 8.30 malam, semalam.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak menghadapi kesukaran disebabkan jentera tidak dapat masuk ke lokasi berikutan keadaan laluan yang agak sempit dan anggota terpaksa menggunakan kenderaan lebih kecil untuk ke lokasi kejadian.
Komander Operasi melaporkan, semasa kejadian terdapat lapan penghuni berada di dalam rumah berjaya menyelamatkan diri tanpa mengalami sebarang kecederaan.
Kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis separuh kekal dihuni 13 orang terbakar sepenuhnya.
Tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.






