ARTIKEL

14 positif Covid-19, satu kluster baharu di Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak hari ini mencatatkan dua angka kes Covid-19 dengan 14 kes positif dan satu kluster baharu iaitu Kluster Keranji Tabuan melibatkan Daerah Kuching.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, ini menjadikan keseluruhan kes di negeri ini 1,180 kes dan daripada jumlah tersebut tujuh kes direkodkan di Daerah Kuching, Sibu (3), Sri Aman (2), Miri (1) dan Pusa (1).
“Bagi Daerah Kuching, sejumlah enam kes adalah jangkitan tempatan melibatkan semua warga Sarawak dengan lima daripadanya berumur di antara 24 hingga 56 tahun dikesan melalui aktiviti pengesanan kes individu yang mempunyai kontak rapat.
“Manakala satu lagi kes adalah lelaki tempatan yang mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta di Kuching pada 3 Januari lalu dan punca jangkitan masih dikenal pasti,” katanya yang juga Timbalan Ketua Menteri pada sidang media di sini, hari ini.
Tambahnya, satu lagi kes di Kuching dikategorikan kes Import A iaitu lelaki warga Sarawak yang baru balik dari Emirates Arab Bersatu (UAE) dan tiba di Kuching pada 4 Januari lalu.
“Sejumlah tiga kes dicatatkan di Sibu dikategorikan sebagai Import B iaitu balik dari kawasan berisiko tinggi Johor, Selangor dan Kuala Lumpur.
“Satu kes di Daerah Pusa turut dikategorikan Import B melibatkan wanita warga Sarawak yang balik dari Johor-Sibu pada 4 Januari lalu dan diberikan arahan kuarantin di rumah selama 14 hari serta telah dipakaikan gelang.
“Sementara kes di Miri adalah jangkitan tempatan, iaitu lelaki Sarawak yang dikesan melalui aktiviti pengesanan kes yang melibatkan kluster Bah Sayap.
Kes adalah rakan yang mempunyai kontak kepada kes 1,116,” ujarnya.
Tambahnya, dua kes di Sri Aman dikategorikan jangkitan tempatan yang disaring Covid-19 kerana mempunyai tanda dan gejala jangkitan dan telah menerima rawatan di klinik kesihatan kerajaan di Daerah Sri Aman pada 6 Januari lalu.
Mengenai kluster baharu itu, Uggah berkata indeks kes adalah kes 1,158 yang telah dikesan melalui saringan individu bergejala pada 5 Januari lalu.
“Sejumlah 54 individu telah disaring, dengan enam positif, enam individu negatif dan 42 masih menunggu keputusan,” katanya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Pilih makanan halal, berkhasiat

SOALAN: Adakah Islam mengajar umatnya supaya sentiasa memilih makanan berkhasiat? JAWAPAN: Ya, Islam mengajar umatnya supaya memilih makanan yang halal, baik dan berkhasiat demi menjaga

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan