150 orang penerima daging qurban di Kampung Ensebang Jaya

SERIAN: Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) melalui Pejabat Agama Islam Bahagian Serian dengan kerjasama Jawatankuasa Program Kampung Angkat Saudara Kita (ProKASK) telah melaksanakan Majlis Ibadah Qurban pada pagi semalam di Dewan Serbaguna Kampung Ensebang Jaya.

Dua ekor sapi yang disumbangkan oleh orang awam diqurban seawal pagi untuk persediaan agihan daging kepada penduduk kampung sekitar terutamanya saudara kita.

Majlis ini dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Khalidi bin Haji Ibrahim selaku Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak.

Menurut Ketua Kaum Alihazimi bin Sharifiddin, program yang julung-julung kali diadakan dengan kerjasama JAIS serta Jawatankuasa Pengurusan Masjid-Masjid seperti Masjid Nur Hidayah Ensebang Jaya, Masjid Al Falah Ensebang Kuari, Masjid Bahagian Serian dan Masjid Nurul Ehsan Taman Anggerik Indah dengan kerjasama NGO’s seperti PERKIM, Unit Saudara Kita, Lembaga Amanah Kebajikan Islam Serian (LAKIS) dan lain-lain telah memberi kesan yang mendalam kepada penduduk yang beragama Islam mahupun bukan Islam di sekitar.

Manakalah Pegawai Agama Islam Bahagian Serian, Ustaz Morshidi bin July berkata, program seumpama ini akan diperluaskan diseluruh bahagian Serian selepas beliau mengumumkan 5 orang saudara kita yang terpilih mengerjakan Umrah pada penghujung tahun yang ditaja oleh sebuah syarikat pelancongan tempatan.

Majlis ini diakhiri dengan agihan daging qurban kepada 150 orang penerima.

Suara Sarawak