ARTIKEL

DIJANGKA SENGIT...Peserta yang akan berentap.

150 peserta berentap

Kejohanan Muaythai NAO Pro Fight

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Seramai 150 atlet muaythai akan beradu tenaga untuk menjadi ‘King Of Borneo’ pada Kejohanan Muaythai NAO Pro Fight yang akan berlangsung dua hari (4-5 Julai).

Cabaran berlangsung di NAO Muaythai Stadium, Medan Nasi Abe Kota Samarahan dengan mempertandingkan beberapa kategori amatur dan pro lelaki dan wanita.

Ia dianjurkan oleh Persatuan Muaythai Bahagian Samarahan serta Nasi Abe Samarahan dan disokong oleh Persatuan Muaythai Negeri Sarawak (PMNS), Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS), Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) dan Persatuan Muaythai Malaysia (PMM).

Pengunjung bakal disajikan dengan beberapa pertembungan menarik melibatkan petinju-petinju berpengalaman seperti Aman Koboi (PS Muaythai), Zikry (War 15), Bokbong (MZ Repek), Arron (Selendang Kuning) dan ramai lagi.

Turut dijangka sengit iaitu aksi membabitkan peserta wanita antaranya Adreena (Phoenix Meranek), Cha Cha (Selendang Kuning), Marsanda (WBMC), Rania (Panthera) dan beberapa lagi petinju amatur lain.

Antara aksi yang dijangka mencuri tumpuan pada hari pertama ialah pertembungan di antara wakil negara, Amer (MZ Repek Malaysia) menentang pencabar dari WBMC Indonesia, Bima.

Manakala, wakil kelab Sting, Nurizman bakal berdepan ujian dari Hasbullah yang mewakili Kelab Muaythai Kenyalang.

Hari kedua tidak kurang menariknya, menyaksikan bekas pemenang pingat emas Sukan SEA dari Bintulu, Aman Koboi turun berdepan Zikry War 15.

Hairol mewakili Kelab Sting pula menentang waki Bau Muaythai, Bryan.

Sementara Bokbong mewakili MZ Repek Malaysia sedia berdepan tentangan getir dari Aaron (Selendang Kuning).

Hari pertama aksi akan bermula dari jam 8:00 pagi hingga 11:00 malam, disusuli hari kedua yang bermula dari jam 2:00 petang hingga 11:00 malam.

Perlawanan Pro Fight akan bermula dari jam 8:00 hingga 11:00 malam.

Orang ramai khususnya warga Kota Samarahan dipelawa untuk hadir memeriahkan gelanggang NAO Muaythai Stadium, Medan Nasi Abe Samarahan bagi menyaksikan aksi sengit semua peserta yang mengambil bahagian.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU