ARTIKEL

Ketua Polis Johor, Datuk M. Kumar.

174 individu ditahan, disyaki terlibat dalam aktiviti pelacuran di Johor

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JOHOR BAHRU: Polis menahan 174 individu, termasuk 162 warga asing, dalam 16 serbuan menerusi Op Noda yang dijalankan di beberapa kawasan di negeri ini bermula 16 November lepas hingga hari ini.

Ketua Polis Johor, Datuk M. Kumar, berkata operasi di sekitar bandar raya, Iskandar Puteri dan Batu Pahat itu menumpukan usaha membanteras aktiviti pelacuran di premis hiburan, rumah urut dan hotel.

“Warga tempatan yang ditahan melibatkan sembilan lelaki dan tiga wanita.

“Warga asing pula terdiri daripada 29 lelaki Vietnam, Myanmar, Filipina dan Pakistan serta 133 wanita Vietnam, Thailand, China, Laos dan Indonesia,” menurutnya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata kesemuanya berusia antara 18 hingga 54 tahun, dan pihaknya turut menemukan 101 botol minuman keras dipercayai tidak dibayar cukai.

Pasukan serbuan, katanya, merampas pelbagai peralatan dipercayai digunakan dalam aktiviti pelacuran seperti kondom, cecair pelincir, tisu gulung, tuala dan wang tunai berjumlah RM14,174.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 372B dan Seksyen 373 Kanun Keseksaan, Seksyen 135 (d) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 6(2) dan 11(2) Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan Negeri Johor (ENJ) 4/98.

“Mereka turut disiasat di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963, Seksyen 55B, Seksyen 15(1)(c) dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya. – BERNAMA

BERITA LAIN

SEMAKIN DIGITAL, semakin selamatkah kita?

TEKNOLOGI digital dan kecerdasan buatan (AI) kini berkembang dengan begitu pesat dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat. Namun, di sebalik kemudahan yang dinikmati untuk bekerja, belajar

BERITA TERBARU

Pilih makanan halal, berkhasiat

SOALAN: Adakah Islam mengajar umatnya supaya sentiasa memilih makanan berkhasiat? JAWAPAN: Ya, Islam mengajar umatnya supaya memilih makanan yang halal, baik dan berkhasiat demi menjaga

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan