KUCHING: Seramai 20 jurutera anak tempatan yang bekerja di luar negara sebelum ini akan kembali ke Sarawak
Kepulangan mereka bagi membantu membangunkan industri semikonduktor di negeri ini.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata kepakaran mereka dituntut dalam membangunkan industri pengeluaran mikrocip yang kini semakin meningkat permintaan di pasaran antarabangsa.
Mereka sedia berkhidmat di Sarawak susulan kerajaan negeri ini menubuhkan Sarawak Microelectronics Design (SMD) Semiconductor yang menyediakan peluang pekerjaan.
“Kita memerlukan 30 jurutera lagi untuk menyokong Perkhidmatan Global X-FAB dalam meningkatkan keluaran faundri mereka.


